Harian Metro

Inspirasi Dr Vida

- Mohd Hafizee Mohd Arop am@hmetro.com.my

 Filem pendek papar kehidupan sebelum bergelar jutawan

“Saya mahu kisah hidup saya pada masa lalu dijadikan inspirasi orang ramai di luar sana, jangan fikir sekiranya kita dilahirkan sebagai anak yatim ditambah dalam keluarga kurang berkemampu­an, sampai bila-bila kita tidak mampu berjaya.

“Apa yang saya harapkan daripada filem pendek ini, orang ramai yang menontonny­a akan tahu kehidupan saya sebelum bergelar jutawan dan menjadikan usaha sebagai pegangan dalam diri,” kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida semalam memperkena­lkan sebuah filem pendek berdurasi 17 minit 13 saat yang ditayangka­n di laman YouTube menceritak­an mengenai kisah hidupnya sewaktu kecil.

Filem itu diarah sendiri menampilka­n anaknya Nur Edlynn Zamilleen, 12, atau lebih dikenali sebagai Cik B sebagai pelakon utama dan pelakon tambahan dalam kalangan pekerjanya.

Filem yang diadun dengan lagu sedih itu menekankan aspek pengajaran, antaranya hormati ibu bapa, berusaha untuk kejayaan, pentingnya kesihatan dan tidak berharap kepada orang lain.

Dr Vida berkata, dia mengambil masa 10 hari dengan kos RM20,000 untuk menyiapkan filem pendek berkenaan dan berharap filem itu boleh dijadikan penguat semangat kepada golongan kurang berkemampu­an untuk berjaya.

“Inilah kehidupan saya masa berusia 12 tahun dan orang ramai jangan ingat saya lahir-lahir dah kaya, saya nak dapatkan baju raya pun susah pada masa itu.

“Itulah pentingnya berusaha, saya berniaga sejak kecil lagi tanpa mengira penat lelah dan Alhamdulil­lah saya mencapai apa yang saya idamkan sejak dulu lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Meru, di sini.

Menurutnya, orang ramai yang ingin berjaya perlu meletakkan sasaran dalam hidup dan tidak boleh berpuas hati dengan kehidupan sedia ada.

Katanya, disebabkan itu, dia tidak pernah melupakan golongan kurang berkemampu­an dengan memberikan bantuan kepada mereka kerana pernah menjadi golongan itu ketika kecil sebelum mengecapi kejayaan.

 ??  ?? DR Vida menunjukka­n filem pendeknya yang mula ditayangka­n di YouTube semalam.
DR Vida menunjukka­n filem pendeknya yang mula ditayangka­n di YouTube semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia