Harian Metro

TUMPUAN BAKAL HUFFAZ

Madrasah Darus Sahabah guna sistem pembelajar­an kitab daripada ulama India, Pakistan, Bangladesh

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Madrasah Darus Sahabah adalah pusat tahfiz persendiri­an milik keturunan Haji Akhbar Khan yang ditubuhkan sejak 20 tahun lalu di Kampung Bingkul, Beaufort, Sabah.

Bermula dengan pondok kecil dengan jumlah pelajar 20 orang, ia kini berkembang sehingga melahirkan huffaz dan golongan alim dari seluruh pelosok Sabah dan beberapa negara lain.

Menurut Pengerusi

Madrasah Darus Sahabah, Alidad Fazal Ilahi, penubuhan madrasah itu dimulakan keluargany­a daripada keturunan Haji Akhbar Khan yang mahu ajaran Islam diperluask­an ke daerah ini dengan lebih mendalam.

“Penubuhan madrasah ini bermula daripada keturunan keluarga Haji Akhbar Khan dan ia bermula sebagai pondok kecil saja.

“Ketika itu, pengetahua­n ilmu agama kita sangat daif dan nenek moyang kita dulu memikirkan nasib keturunann­ya dalam amalan agama.

“Maka difikirkan untuk membuka sebuah madrasah untuk mempelajar­i agama lebih mendalam, bermula dengan 20 pelajar dari sekitar Sabah,” katanya.

Madrasah Darus Sahabah mulai berkembang dan kini mempunyai lebih 100 pelajar dengan dua bahagian pengajian, selain turut memiliki bangunan kelas dan asrama untuk pelajar madrasah.

Terdapat dua bahagian pengajian iaitu hafiz (menghafal al-Quran) serta ilmu alim (kitab) dan madrasah menerima pelajar berusia sembilan hingga 15 tahun untuk menghafaz al-Quran,

Ada empat tahap untuk pengajian ilmu alim (kitab).

Untuk hafiz al-Quran, pelajar perlu mengambil masa empat tahun dan paling cepat dua tahun setengah untuk menghafal manakala pelajar ilmu kitab diambil berusia 15 tahun ke atas.

Sistem pembelajar­an kitab diambil daripada sistem ulama India, Pakistan, Bangladesh yang boleh mengambil tempoh lapan tahun untuk mendalami kitab serta hadis.

Di madrasah ini, empat kelas dibuka iaitu sebelum tahun pertama bagi pelajar yang tiada asas al-Quran (syarat belajar kitab, boleh membaca al-Quran, boleh membaca dan menulis Jawi) perlu memasuki kelas ibtidaie (peralihan).

Selepas menguasai pembacaan al-Quran, baru pelajar memasuki kelas pertama dengan mempelajar­i 11 kitab termasuk Fiqah, Nahu Sharaf Mizan, sirah Nabi dan sebagainya sehingga masuk tahap empat menerusi peperiksaa­n.

Menurut Alidad, pihaknya sentiasa menyediaka­n pelbagai kemudahan kepada pelajar di madrasah itu dan menetapkan sistem yang sesuai mengikut kebiasaan madrasah di negara ini.

“Bangunan asrama ini dibina sejak lima tahun lalu dan tingkat selebihnya iaitu di tingkat satu, dua dan tingkat lima digunakan sebagai kelas untuk pelajar di madrasah ini.

Selain itu, terdapat masjid di dalam kawasan ini yang dijadikan kelas, selain untuk menyampaik­an dakwah Islam bagi pelajar dan orang ramai,” katanya.

Menurut Alidad, madrasah itu sudah melahirkan ramai huffaz dan alim termasuk ada yang juga kembali mengajar ke madrasah ini.

“Ini madrasah persendiri­an tidak dibiayai kerajaan namun hingga kini kami mampu menampung 100 pelajar.

“Malah, pelajar di sini sering mendapat undangan daripada masjid sekitar Beaufort sebagai imam solat sunat Tarawih sepanjang Ramadan ini,” katanya.

 ??  ?? BANGUNAN Madrasah Darus Sahabah di Kampung Bingkul Beaufort, Sabah.
BANGUNAN Madrasah Darus Sahabah di Kampung Bingkul Beaufort, Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia