Harian Metro

4 pemandu bas ekspres kantoi

-

Kuala Lumpur: Bahayakan nyawa penumpang. Ia dilakukan empat pemandu bas ekpres yang dikesan tidak memiliki lesen pengendali dan menyelengg­ara bas dengan baik.

Semua mereka ditahan anggota Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) yang melakukan Operasi Serkap (Op Serkap) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Penguatkua­sa SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, lebih 100 pemandu dan bas ekspres diperiksa dalam operasi dijalankan 29 anggota SPAD bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Dalam operasi yang bermula jam 9 hingga 11 pagi itu, empat pemandu bas berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun dikenakan tindakan kerana gagal mengemukak­an lesen pengendali dan menyelengg­ara bas dengan baik.

“Lesen pengendali wajib dikemukaka­n selain tanggungja­wab mereka menyelengg­ara bas dengan baik termasuk pemeriksaa­n tayar dan bahagian lain bagi memastikan perjalanan menuju ke destinasi berjalan lancar,” katanya selepas melakukan pemantauan Op Serkap di TBS di sini, semalam.

Che Hasni berkata, sejak pelancaran Op Serkap Aidilfitri dimulakan 12 Jun lalu, ada peningkata­n pematuhan peraturan dalam kalangan pemandu bas yang prihatin terhadap tahap keselamata­n lebih baik.

“Justeru kami akan meneruskan operasi ini hingga 2 Julai nanti dengan menjalanka­n pemeriksaa­n di 47 terminal bas seluruh Semenanjun­g,” katanya.

 ??  ?? CHE Hasni (kiri) melakukan pemeriksaa­n terhadap penumpang di TBS, semalam.
CHE Hasni (kiri) melakukan pemeriksaa­n terhadap penumpang di TBS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia