Harian Metro

Inisiatif Aidilfitri

- Ahmad Rabiul Zulkifl am@hmetro.com.my

 APM bantu perjalanan balik kampung lancar

Bekalan petrol dan perkhidmat­an menukar tayar pancit antara bantuan yang akan diberikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu melalui Ops Bantu bagi memastikan perjalanan orang ramai ke kampung sempena Aidilfitri berjalan lancar.

Pengarah APM Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, pihaknya menyedari kepentinga­n dan keperluan menyediaka­n bekalan petrol kepada pengguna berikutan banyak kes kenderaan tersadai di tepi jalan kerana kehabisan minyak ketika musim perayaan.

“Pihak kami meneruskan inisiatif itu selepas melaksanak­annya pada Ramadan dan Syawal tahun lalu bagi memastikan kenderaan yang kehabisan minyak segera mendapat bekalan petrol.

“Kami akan sediakan beberapa tong petrol ketika menjalanka­n rondaan dan pengguna jalan raya termasuk di kawasan lebuh raya yang kehabisan minyak boleh membeli bekalan minyak sementara itu daripada APM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Ops Bantu, Ops LPT2 dan Ops Selamat APM Terengganu sempena perayaan Aidilfitri di Pejabat APM Terengganu, kelmarin.

Che Adam berkata, selain memastikan bantuan kecemasan dapat diberikan dengan segera, pihaknya juga bertanggun­gjawab memberikan khidmat sosial kepada semua pengguna yang menghadapi masalah dalam perjalanan pulang ke kampung.

“Walaupun bantuan yang diberikan dilihat perkara remeh seperti mengalihka­n halangan di atas jalan, ia tetap dijalankan bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

“Ops Bantu akan bermula pada 23 hingga 24 Jun dan akan disambung semula pada 27 hingga 28 Jun membabitka­n jalan negeri dan persekutua­n di semua daerah.

“Seramai 60 petugas akan menjayakan Ops Bantu di semua daerah, manakala Ops LPT2 bermula pada 20 hingga 24 Jun sebelum bersambung pada 27 Jun hingga 1 Julai,” katanya.

Menurutnya, pasukannya akan bersiap sedia secara tetap di dua susur keluar Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) iaitu di Chukai, Kemaman dan susur keluar Bukit Besi, Dungun.

“Seramai 80 anggota akan menjalanka­n tugas secara bergilir-gilir dan bertindak balas segera kepada semua kes kecemasan dan kemalangan di LPT2,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia