Harian Metro

KEMBARA IFTAR MAK AJI

 Pasangan suami isteri jelajah Semenanjun­g agih makanan percuma sempena Ramadan

- lapor Suraya Roslan

> Setiap Ramadan, Amera Sabrena Ahmad Sobri, 28, memberi makanan percuma kepada jemaah di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Namun tahun ini dia tidak dapat meneruskan amalan terpuji itu kerana berada di tanah air. Namun, kesempatan yang ada ini digunakan pula untuk berbakti kepada masyarakat Islam di seluruh Semenanjun­g menerusi Program Kembara Iftar Sufrah Haramain di seluruh Semenanjun­g,

Amalan terpuji yang dilakukann­ya di Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah setiap kali Ramadan mendorong wanita muda ini menjelajah ke beberapa negeri di Semenanjun­g menerusi Program Kembara Iftar Sufrah Haramain bagi memberi makanan percuma kepada golongan memerlukan.

Presiden HELP Ummah, Amera Sabrena Ahmad Sobri, 28, atau lebih mesra dengan panggilan Mak Aji berkata, sebelum ini setiap kali Ramadan dia dan suami yang juga Pengurus Tapak Projek Masjidil Haram, Hairul Nizam Baharuddin, 40, memberi makan secara percuma hasil sumbangan orang ramai kepada jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“Tahun ini kami berada di Malaysia atas sebab tertentu sebelum kembali ke Makkah selepas Aidilfitri. Jadi, agak ralat jika tidak membuat kembara ini menyebabka­n kami mengambil konsep sama dengan memberi makan percuma di Malaysia.

“Untuk kembara pertama, kami edar 300 bungkus makanan dari rumah ke rumah untuk pelarian Rohingya di Langkawi seterusnya 200 bungkus makanan untuk guru Kafa Pejabat Agama Daerah Langkawi.

“Bagi menghargai jasa imam, kami memberi makan kepada 400 imam dan jemaah masing-masing di Masjid Ulu Melaka Langkawi dan Masjid Papan Permatang Pauh, Pulau Pinang seterusnya yang terakhir untuk 200 pelarian Afghanista­n serta 150 penuntut Universiti Teknologi MARA, Shah Alam,” katanya di pusat penempatan pelarian Afghanista­n di Ampang, dekat sini.

Amera Sabrena berkata, 90 peratus dana diterima adalah amanah daripada rakan di Facebook (FB) yang menyumbang untuk kembara berkenaan.

“Alhamdulil­lah, amanah mereka terlaksana dengan lima kembara yang diadakan berperingk­at bermula di Langkawi dan diakhiri di Shah Alam serta Ampang.

“Duit RM15,000 sumbangan orang ramai saya manfaatkan sebaik mungkin dengan menyediaka­n nasi beriani, nasi lemak ayam berempah, kurma, biskut dan sebagainya kepada golongan memerlukan,” kata ibu seorang cahaya mata itu.

Menurut Amera Sabrena, menetap di Kota Suci Makkah menyuntik semangatny­a mendekati dunia sukarelawa­nan dan menggunaka­n konsep sama di Malaysia.

“Kebanyakan masa saya diisi dengan membantu jemaah Malaysia yang berdepan kesusahan ketika musim haji dan umrah terutama mereka yang terkandas di sana akibat sakit.

“Saya menggunaka­n FB untuk meraih dana membantu jemaah Malaysia dan Alhamdulil­lah setakat ini semuanya berhasil,” katanya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata, kedudukan rumahnya hanya 10 kilometer dari Masjidil Haram memudahkan­nya berulang-alik dan berhubung dengan ramai jemaah yang memerlukan khidmat bantuan setiap hari.

“Waris jemaah haji dan umrah biasanya menghubung­i saya melalui FB untuk memaklumka­n masalah dihadapi ibu bapa dan ahli keluarga mereka.

“Setiap kali mereka ada masalah saya membantu menggunaka­n medium FB,” katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin komuniti Afghanista­n di Malaysia, Sultan Jan, 28, berkata, bagi pihak 1,600 komuniti Afghanista­n di negara ini ber terima kasih kepada Amera dan suami yang memilih mereka untuk agihan makanan percuma.

“Tidak sangka komuniti kami dipilih menerima hadiah ini, Semoga Allah SWT mempermuda­hkan urusan semua pihak yang menyumbang dana untuk mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AMERA membantu rakyat Malaysia ketika menjadi sukarelawa­n di Makkah. SUMBANGAN makanan percuma yang diagihkan kepada pelarian Afghanista­n di Ampang.
AMERA membantu rakyat Malaysia ketika menjadi sukarelawa­n di Makkah. SUMBANGAN makanan percuma yang diagihkan kepada pelarian Afghanista­n di Ampang.
 ??  ?? AMERA (kanan) mengagihka­n makanan percuma di Makkah.
AMERA (kanan) mengagihka­n makanan percuma di Makkah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia