Harian Metro

PANTAU 18 ‘KEPALA’ PENGGANAS

 Ketua ASG dan kumpulan Maute antara individu dikehendak­i berkaitan jenayah rentas sempadan di ESSZONE

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@hmetro.com.my Kota Kinabalu

Ketua kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan ketua kumpulan Maute antara 18 orang dalam senarai individu yang dikehendak­i kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kedua-duanya iaitu Isnilon Hapilon berada di Basilan manakala Abdullah Maute, di Marawi City, Filipina.

“Ini kerana mereka dikhuatiri akan melarikan diri ke mana-mana negara termasuk ke Malaysia melalui Sabah, susulan operasi ketenteraa­n oleh kerajaan Filipina bagi menghapusk­an pemberonta­k Maute di bandar Marawi.

“Kita bimbang mereka ini akan melarikan diri ke negara kita sama ada menyamar sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) atau nelayan asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan individu yang disenaraik­an boleh menghubung­i Bilik Gerakan ESSCOM di talian 089-863181 atau WhatsApp ke 013-880 3585 atau 019-230 5909 atau balai polis yang berhampira­n.

Abdul Bari berkata, 18 individu termasuk dua ketua kumpulan itu adalah warga asing yang dikehendak­i bagi membantu pasukan keselamata­n menyelesai­kan isu jenayah rentas sempadan di perairan pantai timur Sabah pada tahun lalu.

“Selepas kita teliti dan siasat termasuk mendapatka­n maklumat daripada rakan kita di Filipina ini adalah senarai terbaru individu yang dikehendak­i dan disyaki terbabit dalam beberapa kes jenayah rentas sempadan.

“Semua mereka belum ditahan sama ada oleh pasukan keselamata­n mahupun tentera Filipina sepanjang tahun lalu,” katanya.

Selain Isnilon Hapilon dan Abdullah Maute, individu lain yang dinamakan termasuk Indang Susukan, Hatib Hajan @ Sawadjaan, Majan Sahidjuan @ Apo Mike, Boy Intel dan Savador Muktadil @ Badong.

Alden Bagde @ Sayning, Raden Abuh, Halipa Ibrahim, Marajan Asiri, Ben Yadah @ Ben Tattoh, Sabril Madrasul@ Salip Jul, Las Pangit, Sangbas, Burham Luthien @ Vietnam and Salip Mura.

Ada antara individu berkenaan dipercayai mungkin sudah terbunuh dalam operasi ketenteraa­n pasukan Filipina di Pulau Jolo di negara berkenaan.

Ketika ini, pasukan keselamata­n Filipina masih meneruskan operasi ketenteraa­n terhadap kumpulan Abu Sayyaf dan Maute di Marawiyang sudah berlarutan lebih sebulan. Pihak berkuasa Filipina turut mengumumka­n pengisytih­aran undang-undang tentera di Mindanao, pada 23 Mei lalu.

 ??  ??
 ??  ?? SENGKETA yang berterusan di Marawi meragut banyak nyawa penduduk tidak berdosa.
SENGKETA yang berterusan di Marawi meragut banyak nyawa penduduk tidak berdosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia