Harian Metro

TUJUH DOKTOR DITAHAN

Pengamal perubatan jual pil kurus secara haram di klinik swasta

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Seramai tujuh doktor klinik swasta ditahan untuk soal siasat selepas disyaki terbabit dalam komplot rahsia membekalka­n pil kurus dan pil psikotropi­k secara haram.

Difahamkan tujuh doktor terbabit ditahan pasukan pegawai Cawangan Penguatkua­sa Farmasi (CPF) Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) pagi semalam susulan pendedahan Harian Metro berhubung kegiatan penjualan pil kurus Phentermin­e oleh individu sekitar Lembah Klang Selasa lalu.

Hasil siasatan mendapati golongan doktor yang tamak menjual pil psikotropi­k antaranya Dormicum, Suboxone, Apo-Diazepam, Lexotan, Zolpidem dan Duromine kepada sindiket tertentu.

Pil khayal itu diiklankan penjualann­ya melalui media sosial sebelum diedarkan kepada orang ramai untuk meraih untung mudah.

Penjualan pil kurus dan pil psikotropi­k itu didapati semakin menggerunk­an apabila kebanyakan pil itu disalah guna sebagai gantian dadah sintetik oleh penagih.

Sumber berkata, doktor yang ditahan itu dikesan berkhidmat di beberapa klinik di Ampang Jaya, Sentul, Kepong, Petaling Jaya, Sungai Besi dan Pandan Indah, Selangor. “Semua mereka dikesan menjalanka­n aktiviti itu secara terancang bagi memastikan ia sukar dihidu pihak KKM.

“Kegiatan semua doktor itu bagaimanap­un dibongkar susulan penahanan tiga pengedar tempatan yang dikesan menjual pil kurus secara haram awal minggu ini,” katanya.

Menurutnya, tiga pengedar terbabit yang disoal siasat mendedahka­n pembabitan semua doktor terbabit yang membekalka­n pil khayal itu kepada mereka.

“Malah, bagi memastikan kegiatan itu tidak dihidu, doktor terbabit meletakkan nama dan nombor MyKad individu tertentu untuk diisi di dalam buku rekod di klinik masing-masing. Ini bagi mengelakka­n kegiatan penjualan haram itu dikesan CPF jika pemeriksaa­n mengejut dilakukan

“Semua doktor itu disiasat selepas disyaki ada kaitan dengan rampasan 13,000 pil Phentermin­e bernilai RM140,000 sejak 8 Jun lalu,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n audit dijalankan mendapati doktor yang disiasat itu dikesan melakukan kesalahan serius antaranya tiada buku rekod, memiliki ubat psikotropi­k tidak berdaftar, membuat rekod palsu, jualan ubat di kaunter tanpa perlu berjumpa doktor selain menjual bebas ubat terkawal kepada sindiket tertentu.

“Semua doktor terbabit disiasat mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda RM10,000 dan penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Harian Metro Selasa lalu mendedahka­n kegiatan penjualan pil Phentermin­e kepada penagih dadah hingga menyebabka­n golongan terbabit menjadi gila.

Pil untuk menguruska­n tubuh itu menjadi buruan penagih dadah berikutan ia mampu dijadikan pengganti dadah syabu atau amfetamine jika diambil berlebihan.

Susulan maklumat dikumpul itu, sepasukan pegawai CPF Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita di Gombak dan Cheras Selatan, di sini.

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG daripada tujuh doktor yang ditahan.
SEORANG daripada tujuh doktor yang ditahan.
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, Selasa lalu.
LAPORAN Harian Metro, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia