Harian Metro

GENG WANITA TANGAN LAJU

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

 Geng seluk beg ambil peluang buka zip beg ketika mangsa leka beli-belah

Ambil semua wang sebelum dompet yang dicuri disembunyi­kan di celah kain atau timbunan baju dijual di dalam kedai.

Itu antara taktik yang digunakan geng seluk beg atau turut dikenali Geng Tangan Laju yang dikesan mengambil peluang melakukan jenayah itu ketika orang ramai sibuk membeli-belah sempena sambutan Aidilfitri terutama di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.

Dalam kejadian terbaru jam 2 petang kelmarin, suspek wanita dikesan berpura-pura membeli-belah sebelum menghampir­i mangsa yang leka memilih pakaian di sebuah kedai di kawasan itu.

Sumber berkata, suspek yang mengenal pasti mangsa akan mengekori bagi membolehka­n dia membuka zip beg sandang dibawa mangsa.

Katanya, suspek memerhatik­an keadaan sekeliling terlebih dulu sebelum memasukkan tangan ke dalam beg untuk mencuri dompet.

“Suspek membawa dompet berkenaan ke sudut pakaian lain berhampira­n untuk mengeluark­an wang di dalam dompet dicuri.

“Selepas mengambil wang mangsa, suspek menyembuny­ikan dompet itu di dalam timbunan kain di kedai yang dimasuki sebelum melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, mangsa menyedari menjadi mangsa penyeluk saku apabila kehilangan dompet ketika mahu membuat pembayaran di kaunter.

“Sebaik menyedari dompetnya hilang, mangsa meminta kebenaran daripada pemilik kedai untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu.

“Berdasarka­n rakaman CCTV berkenaan, mangsa mendapati dia diekori wanita yang dilihat melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek (dalam bulatan) mencuri dompet mangsa di sebuah kedai pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek (dalam bulatan) mencuri dompet mangsa di sebuah kedai pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ?? BEG mangsa yang ditoreh pencopet.
BEG mangsa yang ditoreh pencopet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia