Harian Metro

Dua pasangan kekasih tokan dadah

-

Georgetown: Demi mendapatka­n wang dengan mudah, dua pasangan kekasih sanggup mengedar dadah sebelum ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bayan Lepas dan Bukit Jambul di sini, awal pagi kelmarin kelmarin.

Dalam operasi jam 1 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Barat Daya menyerbu dua lokasi berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah di situ.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan A Anbalagan berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas kereta Proton Iswara dinaiki lelaki dan wanita berusia 29 serta 22 tahun di tepi jalan di Bayan Lepas.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n dalam laci papan pemuka di kawasan tempat duduk penumpang, pihaknya menemui satu beg hitam mengandung­i dua peket dadah jenis heroin seberat 28.8 gram (gm).

“Dalam pemeriksaa­n itu, kedua-dua suspek mengaku tidak bekerja dan menjadi pengedar dadah sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, di sini, semalam.

Anbalagan berkata, dalam pemeriksaa­n kedua jam 2 pagi, satu serbuan dilakukan di BJ Court dan menahan sepasang kekasih berusia 41 dan 23 tahun.

Beliau berkata, polis menemui dadah jenis heroin seberat 1.508 kilogram dan syabu seberat 54gm

Katanya, polis menyita wang tunai bercampur-campur bernilai RM2,800, sebuah kereta Proton Wira dan kereta Satria Neo.

 ??  ?? ANBALAGAN menunjukka­n dadah jenis syabu dan heroin yang dirampas dalam dua operasi berasingan, kelmarin.
ANBALAGAN menunjukka­n dadah jenis syabu dan heroin yang dirampas dalam dua operasi berasingan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia