Harian Metro

Purata 40 aduan seluk saku

-

Kuala Lumpur: Polis menerima 339 laporan berhubung kejadian seluk saku di daerah Dang Wangi sepanjang 27 hari sambutan Ramadan tahun ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menerima purata 40 laporan setiap hari berhubung kejadian itu pada hujung minggu, manakala 16 laporan diterima pada hari biasa.

“Bermula 27 Mei hingga 21 Jun lalu, kami menerima 339 laporan berhubung kegiatan seluk saku membabitka­n lokasi tumpuan orang ramai iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.

“Bagaimanap­un, jumlah itu menurun berbanding lebih 400 laporan diterima bagi tempoh sama pada tahun lalu berikutan langkah pencegahan yang diambil untuk mengatasi jenayah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Sukri berkata, modus operandi penjenayah penyeluk saku menyasarka­n golongan wanita yang leka membeli-belah.

“Suspek membuka zip atau menoreh beg sandang mangsa sebelum mencuri wang dalam dompet mangsa.

“Sebaik merampas dompet mangsa, suspek meninggalk­an dompet mereka dengan menyembuny­ikannya dalam longgokan pakaian selepas mengambil wang tunai, selain telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menahan dua wanita iaitu masing-masing warga tempatan dan Indonesia yang aktif melakukan kegiatan seluk saku di sekitar daerah ini dalam dua serbuan berasingan di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.

 ??  ?? MOHD Sukri
MOHD Sukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia