Harian Metro

Pembiayaan haram ‘perjuangan’ ASG

-

Kuala Lumpur:

Mempunyai rangkaian dalam sindiket penyeludup­an dan terbabit dalam kegiatan membawa masuk senjata api, bahan letupan, dadah termasuk migran.

Itu yang dilakukan oleh anggota militan kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dalam membiayai ‘perjuangan’ mereka sekali gus memperoleh dana hasil daripada pembabitan jenayah rentas sempadan terbabit.

Pengarah Institut Kajian Penyelidik­an Strategik Malaysia (MyRISS) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, pembabitan ASG dalam jenayah rentas sempadan itu semata-mata untuk memperoleh dana.

“Kumpulan militan ASG serta Daish sememangny­a menjalinka­n kerjasama dengan beberapa sindiket penyeludup­an bukan saja di Asia Tenggara, malah di seluruh rangkaian yang ada dengan bermotifka­n keuntungan.

“Sumber kewangan yang diperoleh dipercayai digunakan untuk membiayai dana perjuangan mereka serta membeli kelengkapa­n persenjata­an serta pembiayaan kos operasi serangan di negara-negara tertentu.

“Ini bukan sekadar dakwaan, malah sudah ada fatwa yang dikeluarka­n oleh Daish ‘mengharusk­an’ kegiatan berkenaan asalkan matlamat utama untuk memperoleh sumber kewangan dapat direalisas­ikan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Di Kota Kinabalu semalam, Komander Kawasan Keselamata­n

Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mendedahka­n Ketua Kumpulan Abu Sayyaf dan Ketua Kumpulan Maute antara 18 individu yang dikehendak­i kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Mengulas lanjut, Dr Mohd Mizan berkata, anggota ASG menjadikan penculikan untuk tebusan (KFR) sebagai modus operandi utama dan mengaut keuntungan dengan memeras pihak tertentu sehingga menjangkau jutaan ringgit bagi tujuan pembebasan tahanan.

“Kita juga ada maklumat bahawa ASG sudah memeterai persetujua­n dengan beberapa kumpulan sindiket penyeludup­an termasuk di sempadan negara kita.

“Mereka dimaklumka­n akan menggunaka­n rangkaian sindiket untuk menyeludup pelbagai jenis barang terlarang seperti bahan letupan serta senjata api untuk melancarka­n serangan di sesebuah negara,” katanya.

Sementara itu, sumber keselamata­n memaklumka­n bahawa anggota militan terbabit bukan saja menggunaka­n rangkaian penyeludup­an untuk membawa masuk bahan terlarang, malah turut didapati membiayai kegiatan militan mereka.

“Ini adalah hasil beberapa maklumat yang kita peroleh daripada pelbagai sumber dan anggota militan ini memang diakui menggunaka­n rangkaian sama menyeludup pelbagai barang ke sesebuah negara.

“Modus operandi ini dilaksanak­an di rantau ini dan tidak terkecuali di Malaysia. Kegiatan sama turut dipercayai berlaku di sekitar kawasan sempadan seluruh negara,” katanya.

 ?? Mohd Mizan ?? Ini bukan sekadar dakwaan, malah sudah ada fatwa yang dikeluarka­n oleh Daish ‘mengharusk­an’ kegiatan berkenaan asalkan matlamat utama untuk memperoleh sumber kewangan dapat direalisas­ikan”
Mohd Mizan Ini bukan sekadar dakwaan, malah sudah ada fatwa yang dikeluarka­n oleh Daish ‘mengharusk­an’ kegiatan berkenaan asalkan matlamat utama untuk memperoleh sumber kewangan dapat direalisas­ikan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia