Harian Metro

‘Bukan saya pinta sebegini’

-

 Wanita parah melecur di muka akibat tersembam dalam minyak panas lali diejek

“Biarlah orang nak ejek sekali pun. Bukan saya pinta jadi begini,” kata Che Hasno Marlia Che Mat, 22, dari Kampung Bukit Teruna, dekat sini, yang parah melecur di mukanya akibat tersembam dalam minyak panas pada kejadian 7 Januari lalu.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pandangan Che Hasno Marlia tiba-tiba menjadi gelap dan tidak dapat mengawal dirinya sebelum pengsan dengan mukanya tersembam dalam kuali minyak panas di dapur kafe tempatnya bekerja.

Menceritak­an detik itu, dia berkata, sebaik ternampak dirinya pengsan, majikannya dengan bantuan dua rakan sekerja segera membawanya keluar dari tempat berkenaan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Kemaman.

“Selepas bahagian mata dan muka saya dibersihka­n daripada minyak panas, saya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan terlantar selama 41 hari,” katanya menceritak­an detik mula kejadian ketika ditemui di rumahnya di Kampung teruna dekat sini.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, kini sudah enam bulan berlalu, dia reda dengan apa yang berlaku walaupun selepas baru keluar dari hospital dia memakai topeng muka berikutan mendapat ejekan dari orang yang melihat mukanya.

“Ketika mengenakan topeng muka, macam-macam orang kata, Supermanla­h, Ultramanla­h, namun saya tak kesah apa orang nak kata, tak lama selepas itu saya tidak memakai topeng muka lagi walaupun doktor kata kena pakai selama dua tahun.

“Sewaktu menerima rawatan di HSNZ, dua kali doktor buat pembedahan pada kulit mata dan muka menggunaka­n kulit paha saya dan syukur kesan parut tidak begitu ketara sekarang.

“Saya juga amat bersyukur tidak buta sebagaiman­a diperkatak­an sesetengah laporan media sosial. Mata saya cuma kabur sedikit, namun penglihata­n jelas apabila saya pakai cermin mata,” katanya.

Dia berharap ada pihak yang sudi menghulurk­an bantuan merawat parut kulit muka dan bahagian bibir mulutnya.

Sementara itu, bapanya Che Mat Musa, 54, berkata, anak bongsunya itu seorang yang kuat semangat berdepan musibah menimpa dirinya.

“Dia kehilangan ibunya sejak sembilan tahun lalu tetapi tetap tabah. Dia juga tak pernah merungut atau menyesal dengan kejadian yang menimpa dirinya walaupun dipanggil dengan pelbagai gelaran oleh segelintir individu nakal,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR kiri, wajah Che Hasno sebelum melecur, manakala kanan wajah terkini Che Hasno.
GAMBAR kiri, wajah Che Hasno sebelum melecur, manakala kanan wajah terkini Che Hasno.
 ??  ??
 ??  ?? CHE Hasno ketika menerima rawatan di hospital.
CHE Hasno ketika menerima rawatan di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia