Harian Metro

Mula-mula bangkang lama-lama sokong

-

Tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga ketika membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam ilmu kitab di Madrasah Darus Sahabah Kampung Bingkul, Beaufort bukan halangan besar bagi Hisyam Zaid, 23, yang menghabisk­an masa lapan tahun untuk menamatkan pengajian itu.

Hisyam yang berasal dari Kampung Sawah, Tuaran, berkata, hanya disebabkan faktor masa dan jauh daripada keluarga menyebabka­n ada sebahagian ahli keluargany­a enggan ‘melepaskan­nya’ untuk menyambung pengajian di madrasah itu.

“Saya berada di sini sejak 2013 untuk belajar kitab atas keinginan sendiri. Pada mulanya, ada sebahagian ahli keluarga yang kurang bersetuju terutamany­a ibu saya menganggap pengajian ini terlalu lama iaitu mengambil masa selama lapan tahun.

“Tetapi, setakat ini mereka sudah dapat menerima keputusan ini dan setiap minggu saya akan menghubung­i ahli

>>Pengajian ilmu kitab mengambil masa selama lapan tahun

keluarga di Tuaran untuk bertanya khabar,” katanya.

Hisyam berkata, dia mendapat tahu mengenai madrasah itu ketika belajar di Pusat Latihan Dakwah di Keningau dan ramai rakan mencadangk­an supaya melanjutka­n pengajian di madrasah itu.

“Saya sudah mempunyai asas dalam hafiz dan mahu menyambung pengajian dalam ilmu kitab di sini (Madrasah Darus Sahabah).

“Sekarang saya sudah di tahun empat dan cuba menamatkan pengajian sehingga tahun ke lapan, insya-Allah, selepas ini kalau ada rezeki saya mahu sambung lagi ke madrasah lain,” katanya.

Menurutnya, sekiranya diizinkan, dia bercadang untuk menubuhkan pusat pengajiann­ya sendiri di Tuaran.

“Niat saya sebelum masuk ke pusat pengajian ini adalah untuk membantu penduduk kampung kerana ramai orang kurang faham mengenai agama serta tajwid terutamany­a di masjid kampung saya.

“Di kampung saya, tiada madrasah agama dan insya-Allah saya berniat mahu menubuhkan pusat pengajian sendiri,” katanya.

Terdahulu, Hisyam turut berkongsi cara untuk fokus mendalami ilmu kitab sepanjang empat tahun belajar di madrasah itu dengan mengamalka­n tiga tip mudah.

“Untuk memahami kitab, saya perlu berusaha lebih dan mengikut nasihat ustaz dengan melakukan ulang kaji bab yang akan diajar di dalam kelas sebelum kelas bermula esoknya.

“Kemudian saya akan memahami (tafahum) apa yang ustaz ajar di dalam kelas dan ketiga saya melakukan ulang kaji pelajaran (muroja’ah), barulah saya akan lebih mudah memahami setiap bab yang saya pelajari,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR mendengar tazkirah yang disampaika­n guru
mereka.
PELAJAR mendengar tazkirah yang disampaika­n guru mereka.
 ?? Hisyam Zaid ?? Ibu mulanya menganggap pengajian ini terlalu lama
Hisyam Zaid Ibu mulanya menganggap pengajian ini terlalu lama
 ??  ?? PELAJAR tahfiz menunaikan solat.
PELAJAR tahfiz menunaikan solat.
 ??  ?? HISYAM di depan bilik asramanya.
HISYAM di depan bilik asramanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia