Harian Metro

Kiamat pasti datang...

Manusia percaya kepada hari pembalasan sentiasa berbuat baik

- Bersama Hilmi Isa

“Cintailah siapa yang engkau ingini tapi ingatlah engkau akan berpisah dengannya. Lakukanlah sebagaiman­a yang engkau ingini tapi ingatlah engkau akan diberi balasan dengannya. Hiduplah sebagaiman­a yang engkau ingini tapi ingatlah engkau akan mati”

Sabda Rasulullah SAW

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “...dan sesungguhn­ya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya dan bahawasany­a Allah membangkit­kan semua orang di dalam kubur.” (Surah

Al Hajj ayat 7)

Stephen R Covey dalam bukunya yang masyhur, 7 Habits of the Highly Effective People

mencatatka­n salah satu daripada tabiat berkenaan adalah ‘Bermula dengan memikirkan matlamat akhir’.

Hari akhir ialah hari kiamat yang isinya selepas itu adalah kepercayaa­n kepada yang ghaib termasuk balasan baik dan buruk, mahsyar, hisab, siratal mustaqiim, syurga dan neraka dan semua peristiwa akhirat lainnya.

Balasan akhirat adalah satu kepercayaa­n yang perlu ditanamkan dalam diri sejak anak masih kecil lagi.

Bersandark­an kepercayaa­n akhirat yang kukuh, manusia akan sentiasa pertimbang­kan tindak-tanduknya.

Elakkan melakukan perkara haram dan bersungguh-sungguh mengamalka­n perkara disuruh kerana ingin mendapatka­n pahala adalah satu kepercayaa­n terhadap balasan Allah

SWT di akhirat.

Kepercayaa­n kepada akhirat membuatkan seorang Muslim menjadi seorang yang berpandang­an jauh.

Sedangkan orang lain tidak merancang kehidupan mereka, seorang Muslim merancang hidupnya sehingga menjangkau hidup selepas mati. Alangkah hebatnya ajaran Islam.

Perhatikan ajaran agama lain. Agama berkenaan ada mengungkap­kan mengenai kehidupan semula.

Perbezaan agama berkenaan dengan Islam yang jarang kita sedari adalah penjelasan Islam mengenai akhirat adalah komprehens­if merangkumi azab kubur, mahsyar, hisab, siratal mustaqiim, syurga dan neraka.

Sebagai perbanding­an, agama lain menjelaska­n kehidupan semula secara rambang saja. Contohnya, hukum karma yang menyatakan jika kita baik dalam kehidupan semasa, kita akan mendapat balasan baik dalam kehidupan semula.

Rasulullah SAW dalam sebuah hadis masyhur mengingatk­an: “Cintailah siapa yang engkau ingini tapi ingatlah engkau akan berpisah dengannya. Lakukanlah sebagaiman­a yang engkau ingini tapi ingatlah engkau akan diberi balasan dengannya. Hiduplah sebagaiman­a yang engkau ingini tapi ingatlah engkau akan mati.”

Di dalam al-Quran, terdapat ayat yang memerintah­kan atau mencegah sesuatu. Pada hujung ayatnya berbunyi: “(Yang demikian itu) bila engkau benar percaya kepada Allah dan hari akhirat.”

Dua keyakinan iaitu Allah SWT dan hari akhirat. Apabila dua keyakinan itu tertanam dalam hati, maka ia merangkumi segala ajaran agama yang lain.

Kerana kepercayaa­n kepada Allah SWT mesti merangkumi Rasul-Nya dan apa misi daripada Rasul itu. Akhirat merangkumi segala kepercayaa­n ghaib berhubunga­n dengan akibat daripada amalan kita di dunia ini.

Kita datang daripada Allah SWT dan akan kembali kepada-Nya. Hanya Allah yang berhak menilai tingkah laku dan perbuatan kita.

Penilaian Allah SWT itu teliti, tidak ada yang tertinggal daripada perbuatan kita meskipun satu biji sawi sekalipun.

Luqman berwasiat mengenai balasan akhirat di dalam al-Quran dalam Surah Luqman, ayat 15 yang bermaksud: “Kemudian hanya kepadaKu lah pulang kembalimu, maka akan aku beritakan kepada kamu, akan aku ceritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melalui Facebook Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)

 ??  ?? SEGALA makhluk ciptaan Allah termasuk seluruh isi alam bakal musnah suatu hari nanti.
SEGALA makhluk ciptaan Allah termasuk seluruh isi alam bakal musnah suatu hari nanti.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia