Harian Metro

Nabi Ibrahim berdoa kepada Ilahi

-

Doa selepas membaca al-Quran

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.”

“Ya Allah, ya Tuhan, jadikan al-Quran teman hidupku di dunia dan penghibur kesepianku di dalam pusara.”

“Jadikanlah al-Quran sebagai penyelamat diriku pada hari kiamat kelak, penyuluh jalan meniti Siratul Mustaqim.”

“Jadikan ia sebagai teman ke syurga dan pendinding daripada api neraka.”

“Juga menjadi panduan kepada segala kebaikan dan tempat merujuk segala permasalah­an.”

“Semua itu adalah dengan limpahan kurnia, budi dan kemurahan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, wahai yang Maha Pengasih dalam kalangan yang mengasihi.”

“Selamat direstui Allah kepadamu wahai penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga

Baginda yang luhur. Perkenanka­nlah, ya Allah.”

Doa menghadapi hari baru

“Kami menikmati waktu pagi/petang ini dengan kesedaran bahawa kerajaan (bumi dengan segala isinya) ini seluruhnya ialah milik Allah. Ya Allah, ya Tuhanku, aku pohon kepada-Mu segala kebaikan yang ada pada hari ini iaitu kejayaanny­a, kemenangan­nya, seri cahayanya, keberkatan­nya dan hidayatnya. Aku berlindung kepada-Mu daripada segala bala bencana yang ada pada hari ini dan bala bencana yang ada pada hari sebelumnya, juga bala bencana yang ada pada hari selepasnya.”

“Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhn­ya hari ini ialah kejadian yang baru, bukakanlah kepadaku pintu ketaatan kepada-Mu, sudahkanla­h ia dengan keampunan dan keredaan daripada-Mu, kurniakanl­ah aku padanya kebaikan yang Engkau makbulkan dan gandakanla­h ia untukku. Seandainya aku melakukan kejahatan padanya maka ampunkanla­h aku. Sesungguhn­ya Engkau Maha Pengampun lagi

Maha Mengasihan­i, juga Maha Penyayang dan

Maha Mulia.”

- (Doa Nabi Ibrahim, Ihya’ ‘Ulum al-Din,

Tabaqat al-Syafi’i al-Kubra)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia