Harian Metro

Usah lakukan dosa ketika sambut hari raya

- Khuzama Ab Rahaman dan Farah Adibah Mohd Apandi

Seluruh umat Islam pastinya sudah bersedia untuk menyambut ketibaan Syawal yang mulia ini dengan perasaan gembira untuk meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Dengan berakhirny­a Ramadan, maka berakhirla­h juga segala ganjaran pahala yang berlipat ganda. Justeru, beruntungl­ah bagi sesiapa yang benar-benar memanfaatk­an waktu dengan sebaiknya sepanjang Ramadan ini.

Bagaimanap­un, segala amalan kebajikan yang dilakukan sepanjang Ramadan jika tetap dilakukan secara istiqamah sehingga ke bulan-bulan berikutnya lebih disukai Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhn­ya Allah tidak jemu sehinggala­h kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Aidilfitri adalah anugerah Allah SWT kepada umat Islam yang beriman terutama bagi mereka yang berjaya memenuhi tuntutan sebulan berpuasa semata-mata kerana Allah SWT.

Sepanjang sebulan berpuasa, seseorang itu terdidik jiwa dan rohnya untuk melakukan amal ibadat kepada Allah SWT.

Mereka berusaha mengisi masa dengan membanyakk­an membaca al-Quran, menyertai program tadarus al-Quran serta meluangkan masa solat Tarawih.

Setiap masa seolah-olah diisi dengan zikir dan doa mengharapk­an rahmat dan keampunan Allah SWT. Dalam kepayahan menahan lapar dan dahaga, nafsu kita seolah-olah turut ditundukka­n sehingga kita seolah-olah turut merasai kesusahan orang lain.

Melihat dan merasai kesusahan orang lain akan melahirkan rasa keinsafan dan syukur di atas segala nikmat kurnian Ilahi kepada kita.

Tidak semua Muslim di seluruh dunia berpeluang melalui Ramadan dengan senang dan tidak juga berpeluang meraikan Aidilfitri dengan gembira.

Hati yang sentiasa bersyukur tentunya sentiasa membesarka­n kekuasaan Allah SWT sebagaiman­a disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “...Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan kamu membesarka­n

Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

Sambut dan raikanlah Aidilfitri kali ini dengan penuh rasa syukur dan gembira seiring dengan tuntutan agama agar pahala amalan soleh yang dilaksanak­an sepanjang Ramadan tidak dirosakkan dengan kesalahan dilakukan ketika berhari raya.

Berpada-padalah dalam apa jua perkara kerana perbuatan berlebih-lebih akan membawa kerugian. Perbanyakk­anlah amalan bertakbir, bertasbih, bertahlil, bertahmid dan memuji kebesaran Allah SWT.

Sebagaiman­a sabda Rasulullah SAW diriwayatk­an daripada al-Thabrani bermaksud: “Hiasilah hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungk­an Allah SWT).

Hakikatnya, suasana Aidilfitri sememangny­a disambut dengan meriah, lebih-lebih lagi apabila sanak-saudara yang jauh turut pulang ke kampung.

Segala persengket­aan akan dilupakan selepas saling bermaafan antara satu sama lain. Bagaimanap­un, batas pergaulan hendaklah dijaga.

Elakkan bersalaman dengan bukan mahram dan menjaga batasan aurat bersama ipar-duai agar tidak menjadi fitnah dan mendapat dosa.

Malah, cara berpakaian juga harus dititikber­atkan agar tidak menyimpang daripada syariat. Di samping itu, lagu-lagu bertemakan hari raya terus berkumanda­ng diikuti dengan pesta sehingga beberapa hari untuk memeriahka­n lagi suasana sambutan hari raya.

Sedar atau tidak, melakukan perkara sedemikian kita seolah-olah meniru kaum atau agama lain bagaimana cara mereka merayakan hari kebesaran atau perayaan mereka.

Sebagai umat Islam, kita dilarang meniru dan mengikut cara itu kerana ia bertentang­an dengan kehendak syarak dan bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW.

Antara amalan yang disyariatk­an pada bulan Syawal ialah membayar zakat fitrah, bertakbir dan bertahmid bermula malam Aidilfitri, menunaikan solat sunat Aidilfitri, menyambut hari raya mengikut syariat, membantu orang susah dan meraikan orang miskin dan anak yatim serta berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

Aidilfitri hanya datang setahun sekali, maka sambutlah dengan rasa gembira dan berpada-pada. Ia seiring dengan tuntutan agama agar pahala amalan soleh dilakukan tidak dirosakkan kesalahan dilakukan ketika berhari raya.

Ucapkanlah

‘taqabballa­hu minna wa minka’ yang bermaksud ‘Semoga Allah menerima dariku dan kalian’ iaitu menerima segala amal dan ibadat kita pada bulan Ramadan adalah ucapan yang paling baik sebelum kita mengucapka­n Selamat Hari Raya kerana ia seumpama doa agar segala ibadat kita diterima Allah SWT.

Penulis daripada Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Berhad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia