Harian Metro

Semua anggota berpuasa

-

 Jangan biar ibadat hanya dapat lapar, dahaga semata-mata

Saya berasa amat kesal kerana di tempat kerja saya walaupun rakan berpuasa tetapi percakapan dan tingkah laku mereka tidak dijaga.

Apakah kesan orang yang berpuasa dan pada masa sama dia mengumpat, bercakap bohong atau melihat wanita lain

(bukan mahramnya) dengan syahwat?

Basyir Kelana Jaya

Puasa bermanfaat dan diterima Allah SWT ialah yang dapat membersihk­an jiwa, menguatkan kemahuan kepada kebaikan dan membuahkan takwa.

Sebagaiman­a yang dinyatakan dalam Surah al-Baqarah, ayat 183, bermaksud: “Hai orang-orang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaiman­a diwajibkan atas orangorang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Wajib bagi orang yang berpuasa menahan diri daripada perkataan atau perbuatan menjejaska­n puasanya sehingga seseorang itu hanya mendapat lapar dan dahaga.

Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim disebutkan: “Puasa itu perisai, maka apabila salah seorang daripada kamu sedang berpuasa, janganlah berkata kotor dan berbuat bodoh dan apabila ada seseorang yang mencacinya atau mengajakny­a bertengkar, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhn­ya aku berpuasa.”

Dalam hadis riwayat an-Nasa’i, Ibn Majah dan al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda: “Betapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatka­n sesuatu daripada puasanya itu melainkan lapar. Dan betapa banyak orang yang melakukan solat malam tetapi ia tidak mendapatka­n sesuatu daripada solat malamnya itu kecuali tidak tidur.”

Dalam hadis lain riwayat al-Bukhari, Ahmad dan lain-lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalk­an perkataan dusta dan perbuatan yang buruk, maka Allah tidak memerlukan dia meninggalk­an makan dan minumnya.”

Ibn Arabi berkata, hadis itu mengandung­i makna orang berkenaan tidak diberi pahala atas puasanya. Pahala puasanya hilang disebabkan ucapan dusta dan dosa-dosa lain seperti disebutkan.”

Ibn Hazm berpendapa­t, hal-hal itu membatalka­n puasa sebagaiman­a makan dan minum. Pendapat seperti ini juga diriwayatk­an daripada sebahagian sahabat dan tabi’in.

Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpendapa­t, kemaksiata­n dapat menghilang­kan ‘buah’ puasa dan merosakkan maksud disyariatk­annya berpuasa itu sendiri.

Sebab itulah golongan salaf yang soleh dahulu menaruh perhatian besar untuk menjaga puasanya daripada perkataan dan perbuatan yang sia-sia dan haram sebagaiman­a mereka memelihara­nya daripada makan dan minum.

Umar RA berkata: “Puasa itu bukan hanya menahan diri daripada minum dan makan tetapi juga daripada ucapan dusta, batil dan sia-sia.”

Jabir RA berkata: “Apabila anda berpuasa makan hendaklah pendengara­n, penglihata­n dan lisan anda juga berpuasa daripada dusta dan dosa-dosa. Janganlah anda menyakiti pekerja anda, hendaklah anda bersikap merendah diri dan tenang pada hari anda berpuasa. Dan janganlah anda samakan hari berbuka anda dengan hari berpuasa anda.”

Abu Dzar pernah berkata kepada Thaliq bin Qais: “Apabila engkau berpuasa, maka jagalah dirimu semampu mungkin.”

Oleh kerana itu, jika sedang berpuasa Thaliq tidak keluar rumah kecuali untuk menunaikan solat.

Abu Hurairah dan sahabat-sahabatnya apabila berpuasa mereka duduk di masjid dan mereka berkata: “Kami menyucikan puasa kami.” Maimun bin Mahran berkata: “Puasa yang paling ringan ialah puasa daripada makan dan minum.”

Sebagaiman­a puasa memiliki pengaruh dan pahala, begitu juga ghibah, dusta dan sebagainya.

Penulis ialah pendakwah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia