Harian Metro

‘Tak kekok pun’

Dua guru warga asing gemar berbaju kurung selain berpuasa

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Ayu berbaju kurung dan menjamah mi serta nasi goreng selain kuih tradisiona­l tempatan seperti martabak ketika berbuka puasa.

Itu aksi comel Nicole Charette, 24 dan Kendall Iaquinta, 23, yang menjalani program English Teaching Assistants (ETA) di dua sekolah di daerah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 16 dan SMK Jengka 18 sejak awal Februari lalu.

Nicole dari Massachuss­ets, Amerika Syarikat ialah graduan Ijazah Sarjana Pendidikan Sekolah Rendah dan Sosiologi dari Nazareth College, Amerika Syarikat. Dia akui tidak kekok mengga- yakan baju kurung selepas memakainya ketika mula mengajar di SMK Jengka 16.

“Baju kurung kami diberikan bekas peserta ETA lalu yang pernah memakainya ketika berada di Malaysia.

“Sebahagian lagi diberikan guru tempatan di tempat kami mengajar yang prihatin apabila melihat kami mengulang pakai baju sama setiap minggu.

“Selain itu, kami juga menempah dan membeli baju raya sebagai persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama pelajar SMK Jengka 16, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Kendall yang ditempatka­n di SMK Jengka 18 berkata, dia dan Nicole yang teruja ‘memburu’ makanan tempatan menyebabka­n mereka perlu ke gimnasium untuk mengekalka­n berat badan.

“Sebelum bulan puasa, setiap hari kami menjamah nasi lemak dan teh tarik sebagai sarapan di kantin sekolah.

“Untuk makan malam pula, kami keluar menaiki kereta ke pekan bagi menikmati tom yam dan kuetiau kungfu hampir setiap hari.

“Apabila memasuki Ramadan kami menggunaka­n peluang ini mencuba makanan tempatan yang lain dengan mengunjung­i bazar di sini (Bandar Pusat Jengka),” katanya.

Graduan Ijazah Sarjana Biologi Azusa Pacific University, California, Amerika Syarikat itu berkata, dia turut tidak ketinggala­n berpuasa mulai Isnin lalu bagi merasai pengalaman berpuasa di Malaysia.

“Bagaimanap­un, ini bukan kali pertama saya berpuasa kerana dulu, saya pernah melakukann­ya tetapi setakat menahan lapar saja.

“Kali ini, agak mencabar apabila perlu menahan lapar dan dahaga seharian, sekali gus menyebabka­n saya kagum dan menghormat­i masyarakat Muslim di sini yang kelihatan begitu berdisipli­n ketika berpuasa,” katanya yang berasal dari California.

“Kali ini, ia agak mencabar apabila perlu menahan lapar dan dahaga seharian”

Kendall Iaquinta

 ?? FOTO: NAZIRUL ROSELAN ?? KENDALL (tiga dari kiri) dan Nicole (tiga dari kanan) menikmati suasana berbuka puasa bersama pelajar di SMK Jengka 16.
FOTO: NAZIRUL ROSELAN KENDALL (tiga dari kiri) dan Nicole (tiga dari kanan) menikmati suasana berbuka puasa bersama pelajar di SMK Jengka 16.
 ??  ?? NICOLE berbuka puasa bersama pelajar di SMK Jengka 16.
NICOLE berbuka puasa bersama pelajar di SMK Jengka 16.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia