Harian Metro

‘Bubur lambuk sedap’

Pelajar Turkmenist­an seronok kali pertama kacau juadah waktu berbuka

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

“Ini kali pertama saya mengacau bubur lambuk, di negara saya tidak ada makanan tradisiona­l seperti ini yang tidak terlalu susah untuk menyediaka­nnya.

“Keunikan bubur lambuk apabila dicampur pucuk parebus ku dan ikan selain pelbagai bahan lain bagi menambah keenakanny­a,” kata Babamyrat Saprgulyye­v, 22, yang berasal dari Turkmenist­an.

Dia yang menuntut dalam jurusan matematik di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan berkata, walaupun keadaan panas ketika mengacau bubur lambuk, keseronoka­n terasa apabila tugas itu dilakukan secara gotong-royong.

Pengalaman menyediaka­n bubur lambuk anjuran UIAM kampus Kuantan semalam tidak mungkin dapat dilupakan dan akan terpahat dalam sejarah hidupnya yang berpeluang melanjutka­n pengajian di negara ini.

“Saya akan belajar cara membuat bubur lambuk supaya saya boleh menyenegar­a

diakanya apabila pulang ke saya nanti, mungkin beberapa bahan utama seperti pucuk paku tidak ada di Turkmenist­an.

“Rasa bubur lambuk sedap, saya suka makan bersama rakan dari negara ini. Pada awalnya, mereka banyak memberi galakan kepada saya supaya mencuba makanan tradisiona­l itu yang tidak mungkin ada di negara lain selain Malaysia,” katanya ketika ditemui pada program penyediaan bubur lambuk 2017 UIAM kampus Kuantan di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah UIAM kampus Kuantan Prof Datuk Dr Tariq Abdul Razak.

Pada program itu, empat periuk bubur lambuk disediakan untuk diagihkan kepada penuntut dan kakitangan UIAM kampus Kuantan serta masyarakat setempat.

Babamyrat berkata, penuntut antarabang­sa di negara ini perlu mempelajar­i budaya dan makanan tradisiona­l penduduk setempat kerana banyak makanan di negara ini yang memenuhi seleranya seperti bubur lambuk, dodol, rennyambut dang dan sate.

“Saya tidak sabar meAidilfit­ri yang memberi peluang kepada saya merasai pelbagai makanan tradisonal masyarakat negara ini yang memenuhi selera walaupun rasanya pedas,” kata penuntut tahun empat itu.

Sementara itu, Dr Tariq berkata, pihaknya sentiasa berusaha menarik minat penuntut antarabang­sa untuk menyertai pelbagai program diadakan sepanjang tahun terutama membabitka­n aktiviti penyediaan bubur lambuk, jamuan dan malam kebudayaan.

 ??  ?? DR Tariq (dua dari kanan) dan Babamyrat (dua dari kiri) menyediaka­n bubur lambuk di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM kampus Kuantan, semalam.
DR Tariq (dua dari kanan) dan Babamyrat (dua dari kiri) menyediaka­n bubur lambuk di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM kampus Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia