Harian Metro

Gelora hidup sebagai pelarian

-

Kuala Lumpur: “Saya melarikan diri dari Afghanista­n sejak dua tahun lalu apabila diburu pihak tertentu sebelum bersembuny­i di India selama setahun.

“Melihat keadaan di negara berkenaan yang tidak selamat, rakan menasihatk­an saya untuk ke Malaysia bagi mendapatka­n perlindung­an sewajarnya dan berharap Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) akan membantu jika terdapat beberapa masalah lain,” kata pemegang kad UNHCR dari Afghanista­n, Najeela Karimi, 22.

Gadis itu berkata, dia dan keluargany­a terpisah ketika melarikan diri menyebabka­n dia kini bagai hidup sebatang kara tanpa bantuan daripada individu yang dikenali.

“Saya masih lagi hidup sehingga kini adalah disebabkan bantuan daripada rakan yang berada di India manakala pihak UNCHR enggan membantu walaupun saya sebelum ini dipukul oleh individu lain.

“Saya juga pernah mahu diculik dan dicabul namun apabila mengadu kepada UNHCR, mereka hanya meminta berdiam diri saja,” katanya yang mendakwa dianaktiri­kan UNHCR ketika ditemui, di sini.

Menurut Najeela, pemegang kad UNHCR sepatutnya diberikan perhatian sewajarnya oleh organisasi berkenaan dan bukannya dibiarkan terkontang-kanting tanpa bantuan supaya tidak terjebak dengan gejala tidak sihat.

Sementara itu wakil UNHCR di Malaysia Richard Towle berkata, pihaknya sentiasa memantau aktiviti dan perkembang­an pelarian di negara ini termasuk mengambil tindakan drastik jika terdapat penganiaya­an berlaku dalam kalangan mereka.

 ??  ?? NAJEELA menceritak­an pengalaman­nya sebagai pelarian kepada wartawan.
NAJEELA menceritak­an pengalaman­nya sebagai pelarian kepada wartawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia