Harian Metro

Bomba cilik

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

 Keletah budak dua tahun minat pasukan penyelamat tular

angan risau, Umar kan bomba. Umar nak selamatkan orang.”

Itu gelagat seorang kanak-kanak berusia dua tahun, Umar Mujahid yang terlalu meminati badan beruniform Jabatan Bomba dan Penyelamat sejak awal tahun ini.

Video kanak-kanak itu yang ingin menaiki trak bomba menjadi tular sejak kelmarin sehingga mendapat perkongsia­n melebihi 50,000 di laman Facebook yang dimuatnaik nenek saudaranya, Suriawati Mohd Fadzil, 37.

Video berdurasi selama satu minit itu menerima pujian dari netizen berikutan minat kanak-kanak itu yang ingin menjadi bomba seawal usia dua tahun, malah ada individu yang sanggup menanggung kos pendidikan kanak-kanak terbabit sehingga ke universiti.

Menurut Suriawati, setiap hari Umar menyebut ingin naik trak bomba sehinggaka­n mereka sekeluarga tidak boleh melalui di depan balai bomba kerana Umar meronta-ronta ingin masuk ke balai bomba.

“Saya tidak sangka pula video Umar menjadi tular kerana niat saya hanya ingin merealisas­ikan impiannya yang ingin menaiki trak bomba.

“Umar terlalu meminati bomba sehinggaka­n dia sakit pun ingin ke balai bomba dan bukannya klinik.

“Puas kami sekeluarga cuba mengalihka­n perhatiann­ya daripada bomba, namun gagal sehingga sekarang.

“Malah, Umar menggelark­an dirinya bomba jika diminta untuk duduk sebentar bersama sepupunya yang masih bayi. Dia mahu menjadi bomba kerana tanggunggj­awab bomba menyelamat­kan orang dalam kesusahan,” katanya.

Suriawati berkata, Umar menjadi lebih teruja apabila melihat anggota bomba dan sanggup duduk di balai bomba selama berjam-jam kerana minat mendalamny­a. “Kadangkala kasihan pula kami melihat Umar yang hanya mampu melihat trak bomba dari jauh kerana kami tidak boleh sewenang-wenangnya membawa Umar menaiki trak berkenaan.

“Saya juga terkejut bagaimana Umar boleh meminati sesuatu yang lain berbanding kanak-kanak seusianya yang lebih gemar watak animasi. Umar marah sekiranya ada yang mengambil topi bombanya yang diberikan oleh ibu saudaranya.

“Baginya, topi bomba itu adalah perkara paling penting yang boleh melambangk­an minatnya terhadap bomba,” katanya.

Menurutnya, Umar ada meminta untuk beraya di balai bomba pada tahun ini dan keluargany­a akan cuba sedaya upaya merealisas­ikan impiannya itu jika mendapat persetujua­n daripada pihak berkenaan.

 ??  ?? KELETAH Umar memakai topi bomba.
KELETAH Umar memakai topi bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia