Harian Metro

140,943 tiket terjual

- Rizanizam Abdul Hamid am@hmetro.com.my

 Bagi perjalanan Aidilfitri dari 18 Jun hingga 3 Julai melalui ETS KTMB

Sebanyak 140,943 daripada 201,020 tiket kereta api bagi perkhidmat­an KTM Intercity dan Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk perjalanan Aidilfitri bagi tempoh 18 Jun hingga 3 Julai ini sudah dijual.

Pengurus Besar Perolehan (Menampung Tugas Presiden) KTMB Mohd Hider Yusoff berkata, ia merangkumi 72 peratus atau 128,362 bagi tiket ETS yang menawarkan 177,540 tempat duduk.

“Manakala bagi tiket KTM Intercity yang menyediaka­n 23,480 tiket, 53 peratus atau 12,581 daripadany­a sudah terjual dalam tempoh sama.

“Ini bermakna bagi kedua-dua jenis perkhidmat­an kita berjaya menjual 140,943 tiket daripada 201,020 tempat duduk yang disediakan,” katanya pada majlis penyerahan 1,700 pek cenderahat­i hari raya kepada penumpang KTMB di Stesen Sentral, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Hider berkata, KTMB melalui perkhidmat­an KTM Komuter akan mengadakan promosi raya Kad Komuter Link secara percuma sebanyak 2,000 keping bermula semalam hingga Sabtu ini di dua stesen kereta api saja iaitu Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Stesen Bandar Tasik Selatan.

“Pada tarikh itu, orang ramai hanya perlu membayar RM10 saja untuk nilai simpan di dalam kad itu dan kad adalah percuma.

“Tanpa promosi ini, Kad Komuter Link dijual pada harga RM10 tidak termasuk nilai simpan di dalam kad,” katanya.

Selain itu katanya, KTMB juga akan bekerjasam­a dengan Grab melalui kod promo GRABRAYAKT­M untuk mendapat diskaun tambang sebanyak RM6 bermula kelmarin hingga 28 Jun ini.

 ??  ?? ORANG ramai
menunggu ketibaan tren untuk pulang ke kampung sempena
Aidilfitri di KL Sentral,
semalam.
ORANG ramai menunggu ketibaan tren untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri di KL Sentral, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia