Harian Metro

Saman isu sita, roboh resort ditolak

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menolak saman Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap Kerajaan Selangor dan dua lagi berhubung isu sita dan roboh sebahagian Sekin Fisherman Village Hotel & Resort miliknya.

Hakim Syed Faisal Syed Amir membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan Kerajaan Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) serta Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam untuk membatalka­n saman itu.

Dalam keputusann­ya, Syed Faisal memutuskan bahawa Jamal sebagai plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah, melampau, remeh dan penyalahgu­naan proses mahkamah.

“Tiada dokumen menunjukka­n ada hubung kait antara Linear Active Sdn Bhd iaitu plaintif di dalam kes ini dengan perniagaan Sekin Fisherman Village Hotel & Resort (Sekin Resort).

“Plaintif tidak mempunyai locus standi (kedudukan yang sah di sisi undang-undang) dalam kes ini.

“Ia adalah kerana syarikat itu tidak pernah membuat permohonan bagi mendapatka­n lesen untuk Sekin Resort.

“Walaupun resort itu terletak di atas tanah milik Jamal namun kedua-duanya adalah entiti berbeza,” katanya.

Beliau memutuskan bahawa defendan kedua iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam dan kerajaan Selangor bukan pihak yang boleh disaman.

“Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam bukan entiti undang-undang yang boleh disaman kerana ia adalah sebuah pejabat dan bukan badan korporat.

“Sebarang tindakan saman terhadap kerajaan Selangor pula hendaklah dibuat terhadap pengkhidma­t atau pegawai mereka yang melakukan kesalahan seperti yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 5 dan 6 Akta Prosiding

1956,” katanya.

Hakim Syed Faizal juga memutuskan bahawa tindakan yang dilakukan oleh MDSB dan pejabat daerah untuk menyita serta merobohkan sebahagian struktur bangunan Sekin Resort adalah sah.

“Jamal melakukan protes berhubung gangguan air pada 21 Disember 2016 dan Sekin Resort disita serta dirobohkan pada 22 Disember 2016.

“Ia dirobohkan kerana bangunan itu dibina atas tanah kerajaan milik Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Jamal mendakwa tindakan kedua-dua pihak itu bersifat membalas dendam dan mala fide (berniat jahat) kerana perbuatann­ya. Sedangkan kedua-dua tindakan (sita dan roboh) dengan protes isu air itu tidak mempunyai kaitan,” katanya.

Beliau berkata, MDSB sudah membuat pemberitah­uan berhubung kesalahan menjalanka­n perniagaan hotel dan resort tanpa lesen terhadap Sekin Resort.

“Sejak 2013, pemberitah­uan dikeluarka­n terhadap Sekin Resort. Pada Oktober 2016, Notis Pemberhent­ian Operasi/Aktiviti Perniagaan dikeluarka­n terhadap pusat peranginan itu.

“Begitu juga dengan tindakan meroboh struktur bangunan itu, notis untuk memberhent­ikan kerja pembinaan di atas tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran itu diberikan seawal 2011.

“Malah pada 2013, Jamal sendiri pernah diberikan notis untuk mengosongk­an tanah itu,” katanya.

Kerajaan

Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini, semalam atas tujuh pertuduhan menyembuny­ikan atau memindahka­n wang milik tiga wanita berhubung pakej ibadah haji dan umrah, membabitka­n kerugian hampir RM35,000.

Tertuduh, Rashimah Lili Mohamed Ali, 44, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali dan Majistret Haslinda A Raof.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, wanita berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabka­n mangsa, Siti Fatimah Ahmad, 60, yang juga peniaga, suri rumah Daliah Dalil, 63, dan pesara guru Jamilah Johar, 63, mengalami kerugian keseluruha­n RM33,800.

Dia didakwa melakukan semua perbuatan itu di Bank Islam Taman Melawati, Ampang Jaya dan Bank Islam Pandan Prima, Ampang antara 24 Mac 2017 dan 16 Mei 2017.

Dakwaan kes dikemukaka­n

Melaka: Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam, sekali lagi menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitka­n Pegawai Khas Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh sebutan semula kes terhadap Datuk Mohd Yusof Abu Hasan selepas pihak pendakwaan memohon lebih masa untuk menyiapkan dokumen berkaitan.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berkata, mereka perlukan masa untuk melengkapk­an pelbagai dokumen diperlukan.

Terdahulu, Mohd Yusof tiba di pekarangan mahkamah jam 8 pagi dengan diiringi ahli keluarga serta penyokongn­ya.

Pada 9 Mei lalu, Mohd Yusof didakwa berdasarka­n 15 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah

 ??  ?? JAMAL
JAMAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia