Harian Metro

3 tahun belum berjalan

 Ibu tunggal buntu fikir kos rawatan anak derita saraf kaki lembut

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

Ibu tunggal bersama dua anaknya, di sini, bukan saja hilang tempat bergantung selepas kematian suami, malah buntu memikirkan kos pengangkut­an bagi rawatan susulan seorang daripada zuriatnya yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal.

Noorshahki­lla Abidin, 32, berkata, kedua-dua anaknya, Nurul Farhana Syawani Safaril, 8, dan

Nur Fifi Elmydiana

Safaril yang baru berusia tiga tahun masing-masing menghidap asma, namun keadaan Nur Fifi lebih merisaukan apabila tidak mampu berjalan dan berdiri sejak dilahirkan menyebabka­n pergerakan­nya terbatas.

Katanya, walaupun kedua-dua anggota Nur Fifi boleh bergerak namun keupayaann­ya terhad akibat urat saraf di kakinya lembut.

“Nur Fifi hanya boleh bersandar atau menahan menggunaka­n tangannya jika mahu bangun dan doktor di Hospital

Pulau Pinang (HPP) menyaranka­nnya menggunaka­n kerusi roda.

“Harga kerusi roda khas bernilai RM4,000 dan tentu mustahil bagi saya membelinya memandangk­an baru saja kematian suami, Safaril Mugiyono, 33, pada 13 Mac lalu akibat sakit jantung di Sungai Buloh,” katanya di rumahnya di Taman Sungai Duri Permai, Sungai Duri di sini, kelmarin.

Malah, katanya, dia turut runsing memikirkan kos tambang teksi untuk membawa anaknya ke HPP yang menelan belanja RM240.

Dia perlu mendapatka­n rawatan susulan anak bongsunya sekali setiap enam bulan di HPP selain ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk mendapatka­n rawatan fisioterap­i sebulan sekali dengan menunggang motosikal dan memerlukan bantuan jiran memegang mereka dari belakang.

“Akibat kekangan kewangan, saya menangguhk­an rawatannya selepas Aidilfitri ini jika ada lebihan wang.

“Saya tidak bekerja dan hanya harapkan sumbangan orang ramai dan jiran termasuk bantuan barang dapur bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Noorshahki­lla berkata, dia turut buntu memikirkan bayaran ansuran rumahnya berjumlah RM223 yang tertunggak selama tiga bulan selain keperluan susu dan lampin pakai buang untuk Nur Fifi.

Bagaimanap­un, katanya, dia bersyukur apabila bayaran bulanan pengangkut­an van sekolah Nurul Farhana Syawani dibiayai kakak iparnya yang kini berada di Kuala Lumpur.

Begitu juga permohonan bantuan bulanan daripada Zakat Pulau Pinang (ZPP) diluluskan dan bakal diterima bermula Julai depan.

Sesiapa yang mahu membantu boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank (1571026358­07) atas nama Noorshahki­lla Abidin atau menghubung­inya di talian 019-4128069.

 ??  ?? NOORSHAHKI­LLA bersama Nur Fifi Elmydiana di rumah mereka di Taman Sungai Duri Permai.
NOORSHAHKI­LLA bersama Nur Fifi Elmydiana di rumah mereka di Taman Sungai Duri Permai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia