Harian Metro

Inisiatif ringan beban

 Badan Khairat NSTP agih bantuan kepada 120 anak yatim Rumah Titian Kasih

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Badan Khairat The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat dengan mengagihka­n bantuan kepada 120 anak yatim Rumah Titian Kasih, Jalan Ledang, di sini, semalam.

Anak yatim berusia lima tahun hingga 19 tahun itu menerima bantuan makanan dan wang tunai yang disampaika­n Pengerusi Badan Khairat NSTP Datuk Mustapa Omar.

Mustapa yang juga Pengarang Kumpulan Harian Metro berkata, pemberian bantuan itu antara inisiatif untuk membantu meringanka­n beban golongan memerlukan selain mengeratka­n silaturahi­m dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata, Badan Khairat NSTP sentiasa merangka pelbagai aktiviti kemasyarak­atan terutama pada Ramadan bagi memastikan bantuan dan sumbangan dapat disalurkan kepada golongan memerlukan.

“Ini julung kali Badan Khairat NSTP menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim dan pada masa sama, kami juga mengadakan majlis berbuka puasa bersama mereka,” katanya pada majlis penyampaia­n sumbangan dan berbuka puasa bersama anak yatim Rumah Titian Kasih.

Hadir sama Pengasas Rumah Titian Kasih Sharifah Adlan dan Timbalan Pengerusi Badan Khairat NSTP Roslan Ibrahim.

Pada majlis berkenaan, Badan Khairat NSTP turut menyampaik­an sumbangan wang tunai kepada rumah anak yatim berkenaan.

Sementara itu, Sharifah berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran untuk menguruska­n rumah anak yatim berkenaan, sokongan dan bantuan orang ramai membolehka­n rumah berkenaan terus bertahan untuk tempoh 20 tahun.

“Saya berterima kasih kepada Badan Khairat NSTP yang menghulurk­an bantuan ketika Ramadan berbaki sehari saja lagi.

“Bantuan ini menceriaka­n lagi sambutan Aidilfitri anak yatim yang sebahagian besarnya tidak pulang kerana tiada ahli keluarga,” katanya.

 ??  ?? MUSTAPA (empat dari kiri) bersama jawatankua­sa Badan Khairat NSTP menyampaik­an sumbangan kepada penghuni Rumah Titian Kasih, Asrama Putera Jalan Ledang, semalam.
MUSTAPA (empat dari kiri) bersama jawatankua­sa Badan Khairat NSTP menyampaik­an sumbangan kepada penghuni Rumah Titian Kasih, Asrama Putera Jalan Ledang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia