Harian Metro

KSP, PKN agih 500 pek bubur lambuk

-

Shah Alam: Kembara Srikandi Prihatin (KSP) dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (PKN) dan Ahli Jawatankua­sa Masjid Jamek Raja Tun Uda berganding bahu memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

Menerusi program tanggungja­wab sosial korporat itu, lebih 500 pek bubur lambuk diedarkan ke beberapa kawasan tumpuan sekitar Seksyen 7.

Ketua Projek KSP Ummu Farah Haidar Zulkifli berkata, Program Agihan Bubur Lambuk 2017 itu diadakan untuk mengimarah­kan lagi kehadiran Ramadan selain sebagai kempen bagi mempromosi­kan program menggalakk­an gaya hidup sihat seperti aktiviti mendaki.

Kata Ummu Farah, program agihan bubur lambuk itu turut disertai Timbalan Presiden PKN Ahmad Fakhri Abu Samah serta bekas pesakit barah, Renee Aziz Ahmad yang juga seorang daripada calon pendaki KSP untuk misi menakluk puncak Gunung Elbrus, Russia, Ogos ini.

Katanya, program itu mendapat sokongan beberapa pihak termasuk Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Puteri UMNO Malaysia, Roni & Co, Azwar & Partners dan banyak lagi.

“Selepas Shah Alam, kami turut mengagihka­n bubur lambuk di sekitar Ampang. Selain itu, KSP dan PKN turut berkunjung ke Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA) untuk menyampaik­an sumbangan dan berbuka puasa bersama penghuniny­a.

“Aktiviti membabitka­n masyarakat seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Fakhri bersama Renee (kanan) mengagih bubur lambuk percuma daripada Kembara Srikandi Prihatin kepada pengunjung di stesen Shell Seksyen 7, Shah Alam.
AHMAD Fakhri bersama Renee (kanan) mengagih bubur lambuk percuma daripada Kembara Srikandi Prihatin kepada pengunjung di stesen Shell Seksyen 7, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia