Harian Metro

Periksa keadaan bas di empat terminal

-

Ipoh: Sebanyak 22 saman dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) kepada 10 bas ekspres sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2017 di negeri itu bermula 18 Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, 515 bas diperiksa di empat terminal bas di negeri itu.

Katanya, daripada jumlah itu, 22 saman dikeluarka­n dengan kesalahan teknikal paling banyak direkodkan membabitka­n ketebalan tayar serta brek dan lampu ‘signal’ tidak berfungsi dengan baik.

“JPJ dengan kerjasama beberapa agensi penguatkua­saan lain termasuk PDRM (Polis Diraja Malaysia), AADK dan SPAD (Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat) menjalanka­n pemeriksaa­n di empat terminal bas di negeri ini.

“Antara depoh bas (terminal bas) yang terbabit adalah di Taiping, Manjung dan Teluk Intan selain Terminal Amanjaya,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas menghadiri ops berkenaan di Terminal Amanjaya, di sini, semalam.

Yusoff berkata, sepanjang operasi berkenaan, 85 pemandu bas diperiksa dan ujian air kencing yang dijalankan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) mendapati semuanya negatif dadah.

Beliau berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya turut menampal notis dalam bas bagi mengingatk­an penumpang supaya memaklumka­n aduan jika ada salah laku pemandu bas yang melanggar undang-undang jalan raya.

“Kita nasihatkan penumpang memberi peringatan kepada pemandu bas mengikut peraturan supaya penumpang yang dibawa dalam keadaan selesa dan selamat,” katanya.

 ??  ?? YUSOFF memeriksa tayar bas pada Ops Hari Raya Aidilfitri 2017 di Terminal Amanjaya, Ipoh.
YUSOFF memeriksa tayar bas pada Ops Hari Raya Aidilfitri 2017 di Terminal Amanjaya, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia