Harian Metro

RESPA bantu anak yatim, asnaf

-

Kuala Kubu Bharu: Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) bukan saja bergiat aktif membantu ahli dan pesara pasukan keselamata­n itu, malah turut menyalurka­n sumbangan kepada anak yatim serta asnaf.

Sejak ditubuhkan 34 tahun lalu, pelbagai aktiviti kebajikan dilaksanak­an dan kebanyakan sumbangan disalurkan diperoleh hasil kutipan daripada ahli persatuan berkenaan.

Presiden RESPA Tan Sri Mohd Ismail Che Rus berkata, pihaknya melaksanak­an pelbagai program antaranya menziarah rumah warga emas, orang sakit atau uzur dan anak yatim.

“Dalam tempoh dua tahun, kami menjalanka­n banyak program amal di seluruh negara melalui hasil kerjasama dan sumbangan ahli RESPA.

“Ia termasuk kutipan RM11,000 yang akan disumbangk­an dalam bentuk wang dan barangan kepada pengurusan anak yatim dan asnaf Asrama Baitul Rahmaniah (BAIRAH) ini,” katanya pada majlis Iftar BAIRAH bersama masyarakat setempat di Masjid Al Kholidiah, Rasa di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Demi Membantu Insan Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Pengurus BAIRAH Abdul Rahim Yahya.

Mohd Ismail berkata, pihaknya turut merancang menyalurka­n sumbangan kepada waris pasangan anggota polis yang maut dalam kemalangan di Banting, baru-baru ini.

“Sumbangan RM26,000 dikumpul dan akan diserahkan kepada lima anak mangsa yang kini menjadi yatim piatu di Kelantan,” katanya.

 ??  ?? MOHD ISMAIL (kiri) menyerahka­n duit raya kepada anak yatim BAIRAH.
MOHD ISMAIL (kiri) menyerahka­n duit raya kepada anak yatim BAIRAH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia