Harian Metro

Biar Aidilfitri sentiasa berseri

- Nur Lela Zulkipli nurlelax@hmetro.com.my

Seramai 8,800 petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) termasuk pekerja kontraktor bertugas sepanjang perayaan Aidilfitri bagi memastikan kelancaran bekalan elektrik pengguna.

Pengurus Besar Kanan Distributi­on Network, Bahagian Pembahagia­n Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, pekerja TNB akan bertugas secara tunggu sedia 24 jam bermula hari ini.

Menurutnya, TNB sudahpun melakukan persiapan awal bagi meminimumk­an sebarang kemungkina­n berlakunya gangguan bekalan elektrik sepanjang musim perayaan ini termasuk membuat pemeriksaa­n di semua stesen jana kuasa dan pencawang.

Selain itu, katanya, penambahba­ikan kepada sistem pencawang bagi menampung jangkaan beban yang meningkat di sesetengah kawasan juga dilaksanak­an sebaik-baiknya.

“Lebih 60 set jana kuasa bergerak dengan kapasiti antara 125KVA hingga 1,250KVA juga berada dalam siap sedia untuk digunakan sebagai punca bekalan alternatif, bergantung kepada keperluan.

“Bagi tujuan itu, kami menyerahka­n permohonan menggunaka­n kenderaan berat kepada Jabatan Pengangkut­an Jalan negeri bagi membolehka­n kenderaan TNB menggunaka­n lebuh raya ketika tempoh larangan sepanjang musim perayaan nanti,” katanya.

Wan Nazmy turut menasihatk­an pengguna untuk menghubung­i Pusat Perkhidmat­an Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk mendapatka­n bantuan sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik sepanjang perayaan Aidilfitri.

Untuk warga kerja yang dijadualka­n bertugas pada 1 Syawal, TNB membekalka­n mereka dengan juadah raya yang disediakan oleh Persatuan Wanita Tenaga Nasional Malaysia (PELITAWANI­S).

 TNB pastikan kelancaran bekalan elektrik

Kuala Lumpur: Lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bersetuju untuk memberikan lanjutan masa kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Zakaria Arshad untuk menjawab surat tunjuk sebab hingga tengah hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, semalam, FGV berkata, Zakaria sudah meminta pelanjutan masa untuk menjawab surat itu kepada 30 Julai 2017 dari tarikh asalnya, 20 Jun.

“Lembaga pengarah juga ingin memaklumka­n bahawa Ketua Pegawai Kewangan kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha sudah menjawab surat tunjuk sebab pada 20 Jun seperti yang diperlukan,” katanya.

Menurut FGV, kedua-dua individu akan terus bercuti sehingga dimaklumka­n oleh lembaga pengarah. – BERNAMA.

 ??  ??
 ??  ?? PENGERUSI TNB, Tan Sri Leo Moggie (tiga dari kiri) menyerahka­n bingkisan raya kepada Naib Presiden Pembahagia­n TNB, Datuk Ir Baharin Din (kiri) untuk diagihkan kepada 8,800 warga kerja TNB.
PENGERUSI TNB, Tan Sri Leo Moggie (tiga dari kiri) menyerahka­n bingkisan raya kepada Naib Presiden Pembahagia­n TNB, Datuk Ir Baharin Din (kiri) untuk diagihkan kepada 8,800 warga kerja TNB.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia