Harian Metro

Lalok ‘jus buah’

 Ahli perniagaan bersama kekasih positif dadah ditahan

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Seorang ahli perniagaan yang memandu kereta BMW dalam keadaan khayal diberkas polis susulan penemuan tiga paket ‘jus buah-buahan’ berisi campuran dadah di dalamnya.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan polis bersama kekasihnya iaitu wanita warga Vietnam di Jalan Ikan Ayu Cheras, di sini, jam 4 pagi semalam.

Sumber berkata, suspek mulanya ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Pemeriksaa­n lanjut bagaimanap­un menemui tiga paket serbuk minuman perisa mangga, limau dan markisa di dalam beg sandang milik suspek.

“Polis yang menjalanka­n siasatan yakin serbuk minuman itu dicampur dengan dadah sintetik bagi mendapatka­n kesan khayal ketika berhibur di pub atau kelab malam,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu kemudian dibawa ke Balai SUSPEK bersama kekasihnya ditahan selepas didapati positif dadah. Polis Trafik Kuala Lumpur bagi menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasil saringan mendapati dua suspek terbabit positif dadah jenis Methamphet­amine dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi mengesahka­n penahanan dua suspek membabitka­n ahli perniagaan dan wanita warga Vietnam itu.

“Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia