Harian Metro

Ekspo Astana 2017 cipta peluang perniagaan RM4.3 bilion

-

Ekspo Astana 2017 terus mencipta peluang perniagaan serta pelaburan apabila mengenal pasti potensi dalam projek tenaga usaha sama antara syarikat Malaysia dan Kazakhstan bernilai RM4.3 billion.

Sesi Padanan Perniagaan anjuran Pavilion Malaysia membabitka­n penyertaan 27 syarikat Kazakhstan bersama tujuh syarikat Malaysia yang menyasarka­n prospek perniagaan berpotensi seperti tenaga baru, kecekapan tenaga, pembiayaan Islam, industri halal serta teknologi hijau.

Pengarah Urusan Kumpulan Pekat Solar Sdn Bhd Chin Soo Mau berkata, pihaknya berminat memperoleh 75 peratus ekuiti bersyarat bernilai RM42.9 juta ditawarkan oleh syarikat milik kerajaan Kazakhtan.

“Kami melihat peluang pelaburan menerusi kerjasama dengan syarikat milik kerajaan tempatan dalam projek solar 250 MW di Kazakhstan bernilai RM1.1 bilion.

“Ini peluang pelaburan terbesar kumpulan Pekat yang melihat potensi perniagaan di Kazakhstan berdasarka­n peningkata­n negara berkenaan dalam penggunaan tenaga baru termasuk aplikasi jana kuasa campur,” katanya.

Dalam sesi sama, syarikat tempatan, KazTransGa­s menyatakan minat dalam usaha sama dengan syarikat Malaysia untuk projek saluran gas dari Astana ke Kyzylordaw­orth bernilai RM4.1 bilion.

Ekspo Astana 2017 berlangsun­g sejak 10 Jun hingga 10 September disertai lebih 100 negara dan memfokuska­n tenaga masa depan.

 ??  ?? ANTARA syarikat yang menyertai Sesi Padanan Perniagaan 2017.
ANTARA syarikat yang menyertai Sesi Padanan Perniagaan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia