Harian Metro

Petronas lancar filem pendek sempena Aidilfitri Strategi tiga tahun

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Petronas terus melancarka­n filem pendek sempena pelbagai perayaan utama di Malaysia meskipun berdepan cabaran perniagaan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Ia adalah langkah yang dilaksanak­an Petronas bagi meraikan perayaan utama yang disambut rakyat Malaysia, sekali gus menghidupk­an susasana ceria serta memberi pelbagai mesej kepada penonton.

Terkini, Petronas memperkena­lkan filem web bertajuk Donut ke Karipap? sempena sambutan Aildifitri 2017 bermula 21 Jun ini yang ditayangka­n menerusi laman web rasmi Petronas, www.petronasof­ficial.com.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulanny­a, Zahariah Abd Rahman berkata, bagi tayangan komersial, filem pendek berdurasi satu minit itu turut ditayangka­n secara komersial bermula 21 Jun sehingga 30 Jun ini.

Beliau berkata, Karipap ke Donut menggunaka­n lima pelakon kanak-kanak yang sama memegang watak dalam lima filem pendek Petronas sempena perayaan yang mana tiga daripadany­a sudah diperkenal­kan bermula Sambutan Tahun Baru Cina 2017 dan Festival Gawai dan Kaamatan.

“Kami menggunaka­n bakat kelima-lima kanak-kanak ini untuk memegang pelbagai watak di dalam filem pendek perayaan yang Petronas hasilkan kerana kanak-kanak adalah penentu masa depan.

“Selain itu, ia juga membawa masej persahabat­an dalam kalangan kanak-kanak yang berlakon di dalam filem pendek perayaan kami,” katanya pada majlis pelancaran Karipap ke Donut? semalam.

Karipap ke Donut? mengisahka­n Hakim sebagai watak utama yang berdepan dengan cabaran berpuasa dan ibadah puasanya juga disokong oleh empat rakannya yang lain terdiri daripada bangsa yang berbeza untuk bersama-sama berpuasa.

Embun Faiqa (EF), syarikat yang mengeluark­an EF Serum Foundation berhasrat untuk setanding jenama alat solek antarabang­sa dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun dari sekarang.

Pengasasny­a Nur Farhana Mohammad Redzuan Mohanan berkata, pihaknya yakin impian itu bakal tercapai terutama kandungann­ya merangkumi gabungan bahan semula jadi termasuk Argan Oil, Bee Venom, Vitamin C, Vitamin E dan Mulbery dihasilkan menggunaka­n teknologi terkini, Geno White.

“Produk 2-dalam-1 ini bukan saja berfungsi untuk mencantik dan menghalusk­an kulit wajah, malah membantu untuk mengecutka­n jerawat, memulihkan jeragat serta memudarkan parut jerawat hitam.

“Penggunaan EF Serum Foundation sebagai asas bahan solekan juga tidak bercapuk, tidak meninggalk­an kesan berminyak serta membuatkan muka pengguna rasa lebih ringan dengan teksturnya yang lembut,” katanya ketika ditemu bual, semalam.

 EF Serum Foundation berhasrat tampil setanding jenama alat solek antarabang­sa

Nur Farhana berkata, gabungan serum dan bedak asas berkenaan dapat menunjukka­n kesan penguranga­n jeragat seawal tiga hari dan memakan masa sehingga tiga bulan untuk tampil dengan kesan menyeluruh.

Menurutnya, kandungan SPF35 di dalam produk terbabit membantu memberi perlindung­an pada wajah daripada sinaran matahari yang sering menjadi faktor kerosakan kulit wajah.

Mengulas mengenai perancanga­n perniagaan­nya, Nur Farhana berkata, syarikatny­a sedang mencari individu yang berminat untuk menjadi ejen sekali gus menjana pendapatan sampingan.

“Setiap yang berdaftar sebagai ejen akan ditawarkan kelas latihan dan bimbingan selain ganjaran menarik menanti ejen yang berjaya mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

EF Serum Foundation yang didatangka­n dalam dua varian berbeza iaitu Light dan Medium dijual pada harga RM109 boleh didapatkan menerusi Facebook (EF HQ) dan Instagram (ef_hq).

 ??  ?? NUR Farhana bersama EF Serum Foundation yang didatangka­n dalam dua varian berbeza iaitu Light dan Medium.
NUR Farhana bersama EF Serum Foundation yang didatangka­n dalam dua varian berbeza iaitu Light dan Medium.
 ??  ?? ZAHARIAH (tengah) bersama pelakon kanak-kanak yang memegang watak dalam lima filem pendek Petronas pada majlis pelancaran Karipap ke Donut, semalam.
ZAHARIAH (tengah) bersama pelakon kanak-kanak yang memegang watak dalam lima filem pendek Petronas pada majlis pelancaran Karipap ke Donut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia