Harian Metro

KELAS JADI PISAU CUKUR

- Agensi

Wanita tawar perkhidmat­an secara dalam talian teknik menggoda lelaki kaya

Seorang wanita yang mendakwa pernah berpacaran dengan 5,000 lelaki kaya kini membuka kelas secara dalam talian bagi mengajar wanita cara-cara untuk menggoda lelaki kaya.

Praiya Suriya, 24, terkenal di Facebook kerana sering menonjolka­n kehidupan mewahnya dan selalu memberi nasihat mengenai hubungan dengan lelaki.

Wanita itu yang dikenali sebagai Madam Raya mendakwa dia adalah pakar menggoda terutama lelaki warga asing dan sudah berpacaran dengan 5,000 lelaki kaya.

Madam Raya baru-baru ini menawarkan kelas berbayar secara dalam talian dengan memberi jaminan membantu pelajarnya menggoda lelaki kaya idaman mereka.

Wanita itu juga bakal mendedahka­n rahsia bagaimana mendapatka­n wang dan hadiah mewah daripada lelaki kaya yang digoda.

Madam Raya menawarkan beberapa kelas dengan bayaran tertentu dan yang paling mahal dikenali sebagai Program VIP.

Yuran untuk menyertai Program VIP adalah 14,000 baht (RM1,766) dan pelajar secara automatik boleh menyertai kelab eksklusif Madam Raya.

Pelajar yang mengambil program itu bakal dilatih secara terperinci mengenai bagaimana mahu menggoda lelaki kaya dan mendapatka­n wang daripada mereka.

Madam Raya juga berjanji untuk mengaturka­n pertemuan antara pelajar program itu dengan lelaki Kaukasia kaya atau dari Timur Tengah.

Walaupun tawaran Madam Raya itu mencetuska­n kecaman pengguna Facebook kerana dianggap menggalakk­an pelacuran tetapi ramai wanita yang menyokong usahanya itu.

“14,000 baht tidaklah mahal jika dibandingk­an dengan apa yang bakal anda dapat.

“Saya akan mengumpul wang untuk mengambil kelas ini kerana ini adalah satu peluang seumur hidup,” kata seorang wanita di Facebook Madam Raya.

Madam Raya memberitah­u, kelasnya mendapat sambutan hangat dan dia kini sibuk menjawab pertanyaan wanita yang berminat menyertain­ya.

 ??  ??
 ??  ?? MADAM Raya popular di Facebook kerana sering menonjolka­n kehidupan mewahnya dan selalu memberi nasihat untuk menggoda lelaki. - Agensi
MADAM Raya popular di Facebook kerana sering menonjolka­n kehidupan mewahnya dan selalu memberi nasihat untuk menggoda lelaki. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia