Harian Metro

Budak tertelan jarum pergigian

-

Beijing: Seorang budak perempuan berusia enam tahun terpaksa dirawat di hospital selepas dia secara tidak sengaja tertelan jarum pergigian ketika berjumpa doktor gigi.

Budak perempuan itu yang dikenali sebagai Qianqian mendapat rawatan pergigian di Hospital Pergigian Wenzhou baru-baru ini.

Ibu Qianqian, Hu berkata, ketika dia sedang menunggu di luar bilik rawatan seorang doktor gigi keluar dalam keadaan cemas.

Doktor itu memberitah­u, satu jarum pergigian yang diletak di atas dulang hilang dan mungkin secara tidak sengaja ditelan anaknya.

Hu yang bimbang segera membawa anaknya ke sebuah hospital dan imbasan X-ray mendapati objek tajam itu berada di dalam perut Qianqian.

Pakar gastroente­rologi memberitah­u Hu, mereka tidak boleh melakukan prosedur gastroskop­i kerana Qianqian sudah makan sebelum berjumpa doktor gigi.

Kata doktor, mereka perlu memantau keadaan Qianqian dan berharap jarum itu keluar melalui sistem perkumuhan.

Doktor hanya melakukan pembedahan sekiranya jarum itu mencucuk organ di dalam perut kanak-kanak berkenaan.

Selepas tiga hari, akhirnya Hu menemui jarum berkenaan yang keluar bersama najis Qianqian.

Hu yang trauma dengan kejadian itu kini sedang berunding dengan pihak hospital pergigian untuk mendapatka­n pampasan. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR X-ray menunjukka­n jarum pergigian (dalam bulatan) yang dikesan berada di dalam perut Qianqian. - Agensi
GAMBAR X-ray menunjukka­n jarum pergigian (dalam bulatan) yang dikesan berada di dalam perut Qianqian. - Agensi
 ??  ?? JARUM pergigian yang secara tidak sengaja ditelan Qianqian. - Agensi
JARUM pergigian yang secara tidak sengaja ditelan Qianqian. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia