Harian Metro

21 tahun lolos

- Daily Mail

Juruterban­g didapati bersalah ceroboh, perkosa wanita pada 1996

Seorang juruterban­g Malaysia dipenjara 13 tahun apabila didapati bersalah merogol seorang wanita berulang kali selepas memecah masuk kediaman mangsa, 21 tahun lalu.

Alfred Gerard Eravelly, 50, memecah masuk ke rumah mangsa di Scarboroug­h, awal pagi 9 Mac 1996, dengan memotong jaring penghalang serangga di tandas bilik tidur mangsa.

Dia turut memakai stoking di kepala sebelum menutup mata mangsa menggunaka­n kain dan berulang kali merogolnya.

Dia meninggalk­an kesan DNA pada mangsa tetapi polis tidak dapat mengenal pasti identitiny­a walaupun Albert sebenarnya tinggal kurang dua kilometer dari kediaman wanita itu.

DNA itu akhirnya dianalisis semula seterusnya membolehka­n Albert ditangkap ketika kembali ke Australia pada Februari 2016.

Ketika prosiding semalam, mahkamah dimaklumka­n Eravelly juga ada rekod kesalahan seksual terhadap seorang wanita di Florida pada tahun 2000 yang turut meninggalk­an kesan DNA dan dipadankan dengan sisa dari serangan pada 1996.

Dia dilaporkan tidak menyedari ada waran tangkap dikeluarka­n terhadapny­a ketika mendarat di Sydney bersama isterinya dalam perjalanan ke Auckland, New Zealand.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Hakim Philip Eaton berkata, dia tidak percaya keterangan Eravelly bahawa hubungan dengan mangsa dibuat secara rela selepas mereka berkenalan di sebuah bar.

Eravelly mendakwa hubungan mereka selama seminggu keruh selepas dia meminta wang daripada wanita itu.

Dia mendakwa turut mengancam mendedahka­n hubungan mereka kepada teman lelaki mangsa sekiranya tidak diberikan wang.

“Saya tidak syak lagi keterangan anda direka. Anda sekadar menafikan perbuatan ini dan tidak langsung menunjukka­n rasa bersalah.

“Malah anda jelas membohong apabila menafikan kepada pakar psikiatrik mahkamah bahawa anda ada rekod jenayah seksual,” katanya Eaton.

Menurut Eaton, mangsa terkejut dan gembira apabila mendapat tahu penyerangn­ya akhirnya ditangkap, tetapi terpaksa melalui semula keperitan pengalaman­nya ketika perbicaraa­n.

Eravelly boleh diparol selepas menjalani 11 tahun hukumannya.

 ??  ?? ERAVELLY
ERAVELLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia