Harian Metro

Hafizh optimis baiki aksi di GP Belanda

-

Kuala Lumpur: Kejayaan meraih penamat ke-10 pada perlumbaan terakhir di Grand Prix (GP) Catalunya meningkatk­an semangat pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah untuk memburu keputusan lebih baik pada GP Belanda di Litar Assen hujung minggu ini.

Hafizh berkata, dia sememangny­a begitu teruja untuk turun beraksi di litar bersejarah itu yang dibina sejak 1949 lagi.

“Litar ini memang cukup mencabar. Sudah tentu saya harap dapat meraih keputusan lebih baik tahun ini dan memberi keceriaan sempena Hari Raya minggu ini.

“Saya meraih keputusan yang baik pada perlumbaan terakhir dan ia memberi motivasi tambahan kepada saya minggu ini,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan PETRONAS Raceline Malaysia Barry Leong berharap komponen baru yang akan diperoleh untuk jentera Hafizh minggu ini dapat meningkatk­an prestasi pelumba negara itu.

“Pasukan berdepan dengan masalah suspensi sejak awal musim lagi.

“Minggu ini kami akan menerima komponen baru di Assen dan reka bentuk komponen ini nampaknya lebih sesuai dengan corak tunggangan Hafizh.

“Harap Hafizh mendapat keputusan yang lebih baik.

“Menamatkan saingan di kedudukan ke-10 pada perlumbaan terakhir nyata meningkatk­an semangat Hafizh serta pasukan,” katanya.

Musim lalu Hafizh gagal menamatkan perlumbaan dengan pencapaian terbaiknya adalah di tempat ke-10 pada 2014.

 ??  ?? HAFIZH
HAFIZH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia