Harian Metro

Taiwan medan terakhir skuad memanah

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kejohanan Memanah Piala Asia siri ketiga di Taiwan awal bulan depan akan menjadi medan terakhir skuad compound negara menguji kekuatan menjelang Sukan SEA Ogos nanti.

Menurut pemanah negara Mohd Juwaidi Mazuki

mereka meletakkan sasaran meraih sebutir pingat atau sekurang-kurangnya meraih pencapaian terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara.

“Ia kejohanan terakhir bagi acara berpasukan dalam aksi kompetitif di pentas antarabang­sa sebelum temasya Sukan SEA, jadi kami mahu meraih sesuatu positif dalam misi mempertaha­nkan emas dua tahun lalu.

“Sebutir pingat memang menjadi sasaran namun pada masa sama, kami berharap mampu menjadi pasukan Asia Tenggara yang teratas di kejohanan ini.

“Lebih bagus sekiranya

(gambar),

dapat bertemu lawan yang bakal dihadapi pada Sukan SEA nanti. Ia akan memudahkan kami mengenalpa­sti kekuatan dan kelemahan lawan,” tambahnya

Malaysia adalah juara bertahan dalam acara berpasukan di Sukan SEA menerusi gandingan Juwadi, Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lip pada edisi 2015 di Singapura.

“Namun bagi acara individu saya masih mempunyai Sukan Dunia di Poland pertengaha­n bulan depan. Jadi ia membuka peluang untuk terus membaiki kelemahan yang ada dalam saingan kompetitif sebelum aksi Sukan SEA,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia