Harian Metro

120 pesilat tamat kursus lanjutan jurulatih

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Sintok: Seramai 120 peserta daripada 15 perguruan menamatkan kursus lanjutan Kejurulati­han 1Sekolah 1Silat peringkat kebangsaan anjuran PESAKA Kedah di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, baru-baru ini.

Antara pertubuhan mengambil bahagian adalah Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia, Pertubuhan Silat Seni Serantau Malaysia, Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Pertubuhan Silat Singa Berantai, Persatuan Silat Seni Sendeng Harimau, Persatuan Silat Seni Pendekar Merah Muda, Pertubuhan Silat Seni Cekak Malaysia, Persatuan Silat Cekak Hanafi, Persatuan Silat Abjad, Persatuan Silat Gayong Harimau Hitam, Persatuan Silat Seni Bentara Garang, Pertubuhan Silat Tekpi Malaysia, Persatuan Silat Rewang Jawa dan Persatuan Silat Seni Selendang Merah.

Kursus itu bermatlama­t melahirkan lebih ramai jurulatih dan dapat mengajar ilmu persilatan di sekolah seluruh negara.

Pengerusi PSSGM Cawangan

Kedah Ishak Taib berkata, kursus itu boleh dianggap paling berjaya kerana mendapat sambutan hebat dengan penyertaan terbanyak.

“Kami berharap program ini dapat dimanfaatk­an semua peserta, sekurang-kurang dapat membantu pihak kementeria­n merealisas­ikan 1Sekolah 1Silat,” katanya.

Seorang peserta dari PSSGM Shahiran Mohamad Ali berkata, program seumpama itu akan melahirkan gurulatih dan jurulatih bertauliah untuk memperluas­kan empayar silat terutama dalam kalangan pelajar sekolah dan juga masyarakat Melayu.

“Saya rasa program ini cukup bagus dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Kami semua cukup teruja dapat menyertain­ya,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta kursus ceria pada kemuncak program di UUM Sintok.
SEBAHAGIAN peserta kursus ceria pada kemuncak program di UUM Sintok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia