Harian Metro

Sasar takluk Azerbaijan

- AFP

Masih segar daripada kejayaan penyelamat musim di salah satu litar kegemarann­ya, Lewis Hamilton dijangka bertindak baik sekali lagi buat Mercedes ketika perlumbaan Formula Satu berdepan cabaran getir cuaca panas pada Grand Prix Azerbaijan, hujung minggu ini.

Kemenangan juara dunia tiga kali di GP Kanada awal bulan ini - keenam buatnya di litar Montreal - membantuny­a merapatkan jurang kepada 12 mata di belakang pendahulu kejuaraan Sebastian Vettel dari Ferrari dan menambah seleranya untuk meraih kemenangan sulung di litar jalanan Baku, satu-satunya gelanggang dalam kalendar semasa yang tidak pernah dimenangin­ya.

(gambar)

“Saya amat pantas di sana tahun lalu, tapi saya gagal mencatat kemenangan,” kata Hamilton. “Jadi kali ini, perancanga­nnyauntuk memastikan saya menang.”

Selepas persembaha­n terumbang-ambing pada awal musim yang mana dia dan

 Hamilton rapat jurang 12 mata di belakang Vettel

rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas bergelut beberapa kali, Hamilton bangkit memperagak­an aksi terbaiknya di Montreal untuk meraih kemenangan ketiganya dalam tujuh perlumbaan ketika Mercedes menghasilk­an penamat satu-dua.

Dia tiba di Baku dengan bos pasukan Toto Wolff memuji sikap dan persembaha­nnya. “Lewis berada dalam keadaan terbaik pernah saya lihat dalam lima tahun sejak saya menyertai pasukan ini,” kata Wolff.

“Bukan hanya

kerana Montreal, yang mana dia melalui hujung minggu yang hebat, tapi juga kerana dia mampu menangani hari sukar dengan lebih bagus.

“Itulah sebenarnya seorang pemandu yang bagus, apabila perkara sukar dihadapi, mereka mengatasin­ya. Mereka memaksimum­kan peluang dan ia satu kejuaraan yang panjang.”

Merujuk kepada ‘era baru’ kereta tahun ini, Wolff mengakui ia memberi cabaran kepada pasukan dan pemandu kerana jentera itu mungkin bagus pada satu hujung minggu dan tidak bertindak baik pada minggu berikutnya.

“Kami berjenaka mengenainy­a, menyatakan ia bagaikan seorang diva,” katanya. “Saya fikir ia yang terpantas di grid dan saya tidak perlukan yang lain.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia