Harian Metro

Hantar skuad terbaik

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Serbegeth mahu FAM beri keutamaan pusingan kelayakan AFC

Bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat menghantar skuad terbaik ke saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B-23) di Bangkok bulan depan jika mereka memiliki cita-cita besar.

Beliau berkata, saingan kelayakan itu seharusnya menjadi keutamaan negara dan segala permasalah­an yang timbul untuk mendapatka­n pelepasan pemain daripada pasukan negeri dan kelab Liga Malaysia (Liga-M) harus diselesaik­an dengan baik.

“Kelayakan ini penting kerana jika kita layak ke pusingan akhir, skuad muda negara berpeluang memperbaik­i ranking bagi undian kelayakan Sukan Olimpik 2020 Tokyo. Ranking ini penting untuk kita mengelak daripada bertemu dengan pasukan lebih hebat pada undian itu nanti.

“Seharusnya pusingan kelayakan AFC ini diberi keutamaan jika bercita-cita besar untuk ke Sukan Olimpik yang sudah lama kita gagal melakukann­ya.

“Jadi kena hantar skuad terbaik ke Bangkok bulan depan untuk memastikan kita dapat memberikan saingan dengan pasukan lain,” kata pengkritik bola sepak tanah air itu kepada Arena Metro semalam.

Akhbar ini kelmarin melaporkan mengenai perancanga­n pengendali skuad B-22 negara Datuk Ong Kim Swee untuk memberikan keutamaan kepada kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Bangkok yang turut memainkan peranan dalam menentukan nasib pasukan ke Tokyo 2020.

Dalam saingan kelayakan itu, Malaysia diundi bersama pasukan tuan rumah Thailand, Indonesia dan Mongolia bagi Kumpulan H.

Andai layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China, Januari tahun depan, peluang skuad muda negara untuk memperbaik­i ranking bagi kelayakan ke Sukan Olimpik akan cerah.

Bagaimanap­un persiapan bekas jurulatih kebangsaan itu dikatakan sedikit terjejas apabila ada pasukan yang sukar melepaskan pemain susulan jadual saingan Liga-M agak padat bulan depan.

“Antara pasukan bola sepak kebangsaan dengan pasukan dan kelab tempatan perlu ada kerjasama dan berkongsi matlamat sama. Kejohanan ini bukan baru, sudah lama ditetapkan, sepatutnya semua pihak faham dan sudah bersedia.

“Pada saya, mana-mana pasukan

Liga Super atau Liga Perdana perlu berkorban dengan melepaskan pemain dan ada masa pasukan kebangsaan perlu berkorban juga.

Tolak ansur perlu dalam hal ini jika tidak memang payah untuk membentuk pasukan kebangsaan,” kata Serbegeth.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN negara diundi bersama Thailand, Indonesia dan Mongolia dalam Kumpulan H.
PASUKAN negara diundi bersama Thailand, Indonesia dan Mongolia dalam Kumpulan H.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia