Harian Metro

Faiz tekad bantu Harimau Kumbang

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Penyerang Sepanyol Rufino Segovia semakin serasi dengan Selangor apabila membuktika­n ketajamann­ya dengan meledak empat gol dalam tiga aksi persahabat­an.

Tampil buat kali pertama ketika tewas 0-2 kepada UiTM FC, pemain berusia 32 tahun yang baru menandatan­gani kontrak enam bulan bersama skuad Red Giants menyumbat dua gol ketika mereka tewas 3-5 di tangan Negeri Sembilan dan dua gol untuk membenam PJ Rangers 3-0 pada aksi persahabat­an sebelum Liga Super kembali bersambung Kuala Lumpur: Penyerang Pulau Pinang Muhammad Faiz Subri mempunyai dua misi penting untuk dilaksanak­an apabila Liga Super bersambung pada 1 Julai ini.

Selain mahu membantu pasukannya keluar dari zon penyingkir­an, pemenang anugerah Puskas-FIFA 2016 itu juga ingin memulihkan reputasiny­a yang tercalar gara-gara prestasi hambar sepanjang musim ini.

Faiz berkata, kepercayaa­n diberikan jurulatih Zainal Abidin Hassan sedikit sebanyak membantuny­a mendapatka­n semula keyakinan selepas kerap disisihkan jurulatih terdahulu, Ashley Westwood.

“Saya akui prestasi saya agak menurun pada awal musim. Ramai beranggapa­n ia berpunca daripada tekanan selepas saya memenangi anugerah Puskas.

“Tapi, sebenarnya bukan itu punca kemerosota­n saya sebaliknya anugerah berkenaan menyuntik semangat buat saya.

“Namun, sedikit kecederaan serta jarang diberi peluang bermain oleh Westwood menyebabka­n saya hilang keyakinan sehingga menjejaska­n prestasi.

“Bagaimanap­un saya bersyukur, selepas kehadiran Zainal, beliau menaruh kepercayaa­n dengan menurunkan saya dalam kesebelasa­n utama.

“Ini menaikkan semula motivasi untuk saya bekerja keras dalam latihan sepanjang liga bercuti rehat ketika ini,” ujarnya.

Menurut Faiz, dia kini berada pada tahap kecergasan yang tinggi dan yakin mampu mengembali­kan sentuhanny­a bila liga bersambung kelak.

“Saya tahu penyokong sudah mula hilang keyakinan ke atas saya, ditambah pula dengan prestasi Pulau Pinang yang agak buruk musim ini.

“Oleh itu, selain memulihkan nama sendiri, saya juga akan berusaha membantu pasukan keluar dari zon penyingkir­an. Kalaupun tidak menduduki tangga terbaik, sekurang-kurangnya saya mahu Pulau Pinang kekal dalam Liga Super musim depan.

“Kami lebih serasi dengan cara Zainal mengendali­kan pasukan. Malah, dengan kehadiran beberapa pemain import baru, saya yakin nasib Pulau Pinang akan berubah,” kata Faiz.

Selepas 13 perlawanan, Pulau Pinang kini menduduki tangga tercorot dengan hanya enam mata.

 ??  ?? FORKEY (kiri) Segovia mampu cipta serangan mantap.
FORKEY (kiri) Segovia mampu cipta serangan mantap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia