Harian Metro

Makin berbisa

-

 Segovia ledak gol dalam tiga aksi persahabat­an ketika berganding­an dengan Forkey

bulan depan.

Menurut Segovia, dia perlu melipatgan­dakan usaha bagi memastikan tempat dalam skuad utama kerana status pemain import bukan tiket automatik buatnya untuk menjadi pilihan jurulatih P Maniam.

“Saya gembira bersama pasukan ini, sebagai pemain saya kena berusaha keras. Saya fikir permainan saya semakin baik bersama Selangor tapi perlu berusaha untuk membentuk keserasian dengan pemain lain,” katanya.

Segovia dibawa masuk bagi menggantik­an pemain Timor Leste Juliano Mineiro yang tidak disambung kontraknya Jun lalu akibat masalah kecederaan.

Bersama Selangor, dia digandingk­an bersama seorang lagi pemain import Francis Forkey Doe di bahagian serangan.

Menurut bekas pemain kelab Hong Kong Kitchee itu, dia tidak meletakkan sebarang sasaran gol sebaliknya hanya mahu memastikan Selangor meraih keputusan baik dalam baki sembilan perlawanan Liga Super.

“Saya ke sini hanya nak menang perlawanan, saya bukan nak menamatkan liga dengan hanya memikirkan berapa gol yang saya dapat jaringkan. Saya hanya mahu menang dengan Selangor,” katanya.

Segovia yang berasal dari Madrid, Sepanyol pernah beraksi dengan Rayo Vallecano, Atletico B dan Atletico Madrid pada 2005-2007 sebelum dia berpindah ke beberapa kelab termasuk Toledo yang bertanding dalam divisyen B Sepanyol dengan meledak 45 gol dalam 86 perlawanan.

Bersama Kitchee dia menjaringk­an 13 gol dalam 25 penampilan pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia