Harian Metro

Belum bincang tema majlis

- DARI MUKA 1

Saleha terus aktif dalam kerjaya seni dan bakal suami beri sokongan penuh

“Buat masa ini, perasaan saya bercampur dan akan rasa gementar pada hari pernikahan nanti. Perkahwina­n adalah perkara baik dan yakin Lutfi adalah jodoh saya.

“Sepanjang Ramadan ini tunang sibuk bekerja, jadi saya hanya dapat meluangkan masa bersamanya pada hujung minggu,” katanya.

Menurut Saleha, persiapan perkahwina­n sudah lebih 50 peratus selesai dan merancang mengadakan majlis resepsi yang bertemakan ‘vintage’.

“Kami baru berbincang mengenai tema majlis dan belum buat sebarang keputusan. Malah, lokasi berbulan madu pun belum fikirkan lagi.

“Ada kemungkina­n resepsi bertemakan vintage kerana saya baru balik dari Vienna, Austria dan tertarik dengan perhiasan di negara itu. Mujur keluarga banyak membantu dalam persiapan,” katanya.

Bagi pelakon ini, paling penting adalah kehadiran keluarga dan sahabat handai untuk meraikan hari bahagianya.

“Saya bukan menekankan majlis terbaik semata-mata, asalkan semuanya berjalan lancar dan tetamu berseronok.

“Abang saya, Sam Bunkface juga akan memeriahka­n majlis dengan persembaha­nnya,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Saleha berkata, tunangnya memberi sokongan penuh terhadap karier seninya dan akan terus aktif dalam bidang lakonan.

“Selepas Ogos ini, saya akan kembali ke lokasi penggambar­an. Buat masa ini, saya perlu fokus pada persiapan perkahwina­n kerana akan melangsung­kan beberapa resepsi.

“Oleh itu, saya tidak boleh memberi sebarang komitmen lain. Cuma selepas berkahwin, saya perlu menjaga batas dan mungkin akan kurang watak membabitka­n cinta kerana penonton mengenali saya dengan drama seperti itu,” katanya. -Michelle Gun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia