Harian Metro

Berkampung di hospital menjelang raya

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Telefilem Kembalikan Syawalku beri keinsafan betapa nikmat berada dalam keadaan sihat

Sempena Aidilfitri, penonton tidak hanya dimeriahka­n dengan program bercorak hiburan semata-mata.

Sebaliknya, penonton juga disajikan dengan program kerohanian dan kesedaran terutama dalam merai dan mensyukuri nikmat Aidilfitri itu sendiri.

Sehubungan itu, saluran Astro Citra dan Mustika HD tampil dengan telefilem istimewa berjudul Kembalikan Syawalku pada jam 9 malam esok.

Telefilem terbitan Arie Zaharie Production itu menampilka­n lakonan hebat Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Sabri Yunus, Syafie Naswip dan Sharifah Amani.

Lokasi penggambar­an yang menggunaka­n Hospital Batu Gajah,

Perak cukup memberi 1,000 makna buat kita yang dapat menyambut Aidilfitri dalam keadaan sihat walafiat.

Penerbitny­a, Arie Zaharie berkata, dia bersyukur apabila ketiga-tiga pelakon senior berkenaan sudi memberi kerjasama untuk menjayakan telefilem ini.

“Semua sedia maklum akan kehebatan lakonan masing-masing dan tidak perlulah kita pertikaika­n.

“Saya yakin lakonan mantap daripada mereka bertiga cukup kuat untuk menghidupk­an jalan cerita,” katanya.

Telefilem ini mengisahka­n kehidupan Aishah dan anaknya, Akil serta Latifah dan suaminya, Jamil. Masing-masing bertemu di sebuah hospital.

Sepanjang Ramadan mereka berkampung di hospital sehinggala­h malam Aidilfitri. Pelbagai perkara berlaku kepada mereka dalam tempoh itu.

Apa yang berlaku menjadikan masingmasi­ng lebih kuat dan menghargai sambutan Aidilfitri selepas kehilangan orang tersayang.

 ??  ?? BARISAN pelakon yang memberikan lakonan mantap dalam telefilem ini.
BARISAN pelakon yang memberikan lakonan mantap dalam telefilem ini.
 ??  ?? FATIMAH Abu Bakar.
FATIMAH Abu Bakar.
 ??  ?? FAUZIAH Nawi.
FAUZIAH Nawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia