Semua ada di WA
Pantai dan pulaunya antara paling menarik di dunia dan rumah pelbagai hidupan marin
Menggabungkan alam semula jadi dan hidupan liar, pantai dan pengembaraan akuatik, meneroka kawasan pedalaman serta makanan yang enak, Australia Barat (WA) adalah destinasi percutian yang cukup sempurna.
Kemeriahan ibu kotanya, pantai paling putih, kawasan pedalaman terluas, kebudayaan yang unik, terumbu karang dan formasi batu karang Warisan Dunia UNESCO serta banyak lagi menjadi alasan kukuh untuk kembali berkunjung ke WA.
Mendekati alam semula jadidiWA,TamanNegara Karijini di barat laut, salahsatutamannegara yang terbesar dan paling menakjubkan membawa anda melihat gaung merah yang mengambil masa selama dua juta tahun untuk terbentuk, yang mana terdapat juga beberapa batu tertua di bumi serta kesejukan kolam air yang jernih.
Cukup mengujakan melihat walabi batu, kanggaru merah dan lebih daripada 12,000 spesies bunga liar yang mekar selama enam bulan persis permaidani menghiasi taman liar.
Kunjungan ke Lucky Bay di timur Selatan (South East) pastinya membuatkan anda terpegun saat melihat sang kanggaru bebas melompat di pesisir pantai berpasir paling putih di Australia.
Selain dapat melihat keunikan batuan granit, berenang, meredah belukar, memancing atau terbang menikmati pemandangan menakjubkan bubblegum pink Lake Hillier berhampiran Esperance antara aktiviti yang cukup mengujakan di sini.
Beriadah sambil menghirup udara segar di taman terbesar di tengah bandar di dunia, Kings
Park dan Taman Botani menyajikan kehijauan hutan dan taman botani yang indah.
Boleh dikunjungi dengan menaiki bas atau hanya berjalan kaki dari Perth, kawasan permainan berasaskan alam semula jadi untuk kanak-kanak, galeri seni, restoran dan monumen sejarah yang terdapat di taman ini menjadikan ia destinasi popular di WA.
PantaidanpulauWA adalah antara yang paling menarik di dunia dan rumah kepada pelbagai hidupan marin. WA mempunyai salah satu musim ikan paus terpanjang di dunia dengan lawatan yang beroperasi dari bulan Mei hingga Disember dari Kimberley di utara ke Esperance di Selatan. Ikan paus Kelasa, southern right dan paus biru yang jarang dilihat antara yang boleh dilihat di luar Bremer Bay.
Pengunjung juga boleh berenang bersama ikan paus kelasa di Ningaloo Reff dari Julai hingga November.
Penerokaan balik hari dari Perth boleh dilakukan di Wild Encounter (45 minit dengan kereta) atau Bunbury Dolphin Discovery Centre (dua jam menaiki kereta) menawarkan pengalaman berenang bersama ikan lumba-lumba liar bottlenose.
Monkey Mia dan
Broome di utara juga antara lokasi untuk melihat ikan lumba-lumba yang cukup mengujakan.
Pantai WA punya gelombang yang cukup sesuai bagi anda yang ingin meluncur. Kawasan terkenal untuk meluncur adalah di Margaret River. Ningaloo Reef, Esperance, Kalbarri dan Rottnest Island juga antara lokasi meluncur yang menarik.
Lasak, menakjubkan dan memberi inspirasi, pedalaman WA menghidangkan landskap yang disenaraikan Warisan Dunia dengan budaya kuno, langit yang indah bersama kerdipan bintang di waktu malam yang menakjubkan.
Meneroka pedalaman
WA, berkhemah atau mengembara dengan karavan tidak mengecewakan di sepanjang tahun. Mencuba Glamping di Soul Camping dan WA Wilderness atau perkhemahan safari serta penginapan gaya mewah di banglo Sal Salis di Ningaloo Reef pasti mengujakan.
Kimberley di utara WA pula membawa anda melihat keindahan alam semula jadi yang menjadi rumah kepada formasi unik Bungle Bungle Rangedisalahsatutaman warisan dunia, Taman negara Purnululu.
Menikmati kesejukan air terjun di Talbot Bay dan pengembaraan pacuan empat roda di Gibb River
Road melengkapkan pengembaraan kawasan pedalaman anda di WA.
Menjamu selera di WA nyata tidak mengecewakan kerana terdapat pelbagai restoran terkenal dan acara masakan yang tidak tandingan sekali gus menarik lebih 400,000 pelancong berkunjung ke sini setiap tahun.
Acara Margaret River Gourmet Escape yang diadakan pada bulan November setiap tahun, menampilkan tukang masak terkemuka. Menikmati makananlautdanikanair tawar WA juga antara yang terbaik dan segar yang tidak harus dilepaskan.
Hotspot makanan laut di Perth yang harus dikunjungi saat berada di WA ini termasuklah Fremantle, Scarborough, Cottesloe dan Mosman Park.
* Artikel ini dibawa kepada anda oleh Tourism Australia, Tourism Western Australia dan Malaysia Airlines.