Harian Metro

DENDANG SEORANG PERANTAU

-

5 kaedah gembirakan hati di perantauan

namun gembirakan hati dengan melakukan aktiviti menarik menjelang Aidilfitri walaupun berjauhan dengan keluarga.

Sekurang-kurangnya, terubat rasa sedih dan paling penting hari raya anda terisi dengan perkara berfaedah.

Berikut lima tip daripada Gen Y untuk mereka yang tidak pulang beraya , selamat mencuba!

1. HANTAR KAD RAYA

Walaupun anda boleh berhubung dengan ahli keluarga menerusi media sosial, apa salahnya kembali ke kaedah lama iaitu menghantar kiriman ucapan kepada keluarga di kampung melalui kad raya.

Dengan kiriman itu, terubat rasa rindu keluarga terhadap anda yang mungkin sudah lama tidak pulang beraya.

Namun, pastikan anda mengirim kad itu lebih awal supaya sampai sebelum 1 Syawal.

2. CUBA RESIPI IBU

Tip ini khas untuk siswa dan sesiapa saja yang beraya di rantau orang yang rindukan air tangan ibu.

Mudah saja, cuma hubungi ibu di kampung halaman dan minta resipi masakan tradisiona­l ketika hari raya daripadany­a.

Walaupun rasanya tidak sama, anda sekurangku­rangnya tidak kempunan untuk makan juadah hari raya.

3. JAMU RAKAN SEKULIAH, SEKERJA

Sesudah masak, apa kata anda bawa ke tempat kerja atau panggil rakan kuliah datang ke asrama untuk menikmatin­ya bersama.

Lebih menarik, buat konsep ‘pot luck’, jadi lebih banyak juadah dapat dinikmati ketika berkumpul bersama.

Secara tidak langsung, anda dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m melalui aktiviti bertukar juadah.

4. PAKAI BAJU SEDONDON

Kebiasaann­ya, baju raya warna sedondon hanya dipakai bersama ahli keluarga.

Namun, tidak salah jika anda cari kelainan dengan memakai pakaian sedondon bersama rakan senegara di perantauan.

Kemudian, rakam gambar bersama dan kongsikan di media sosial, pasti banyak ‘like’ dan komen menarik yang diterima!

5. RAKAM VIDEO KENANGAN

Selain mengambil gambar, jangan lupa rakam video pada pagi Syawal bersama rakan sekerja atau sekuliah.

Ini salah satu cara anda untuk menggembir­akan hati satu sama lain yang berkongsi nasib sama iaitu tidak pulang beraya.

Percayalah, video itu pasti jadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bilabila!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia