Harian Metro

Ceriakan suasana bila balik kampung

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Setiap kali hari raya, balik kampung sudah menjadi satu kemestian. Pada masa ini seluruh ahli keluarga berkumpul dan dapat mengeratka­n silaturahi­m.

Oleh kerana ramai saudara-mara berkumpul di dalam satu rumah sudah semestinya kekurangan barang keperluan seperti tilam, bantal, seterika dan juga ruang tempat tidur yang terhad.

Bagi yang mempunyai keluarga besar pastinya sudah memahami budaya tidur beramai-ramai di ruang tamu. Maklumlah di kampung lazimnya bilik tidur tidak mencukupi, jadi masing-masing akan tidur di bahagian ruang tamu rumah secara beramairam­ai.

Bagi menceriaka­n hari raya anda, ada beberapa perkara yang boleh diikuti agar urusan ketika berada di kampung berjalan lancar, antaranya:

Menjaga aurat ketika berada di kampung.

Tidak semua yang berada di rumah mempunyai hubungan darah atau mahram anda. Oleh itu jagalah aurat anda sepanjang masa.

Ringankan tulang membantu ahli keluarga yang memasak terutama sehari sebelum raya Jika anda tidak mahir memasak, cuba cari kerja lain seperti mencuci pingganman­gkuk, menyapu sampah atau mengemas meja makan.

Bagi mengelak berebut peralatan elektrik sebaiknya anda membawa pulang seterika dan kipas angin sendiri. Bawa sekali wayar penyambung bagi memudahkan anda mengecas telefon atau menggunaka­nnya untuk keperluan lain.

Elakkan anak menggunaka­n telefon 24 jam. Ajar mereka cara berkomunik­asi dengan tetamu yang lebih berusia.

Jaga pertuturan dan tingkah laku ketika meraikan tetamu yang datang ke rumah.

Jangan bertanya soalan sensitif seperti bila hendak kahwin, bila mahu mengandung dan pelbagai soalan yang boleh mengundang rasa kecil hati atau marah.

Sebelum pulang beli barang keperluan dapur untuk kegunaan raya seperti gula, beras, kopi atau teh.

Sediakan duit raya untuk kanak-kanak mengikut kemampuan. Begitu juga untuk ibu dan ayah anda.

Bagi yang beraya di rumah mentua ringankan tulang membantu ibu di dapur. Jangan duduk di bilik saja seperti pengantin baru. Jaga pertuturan anda jangan menyinggun­g perasaan sesiapa.

Elakkan bercerita mengenai kewangan, harta dan pelbagai perkara yang menjurus mengenai kemewahan.

Ini akan membuatkan wujud rasa riyak dan takbur. Jangan pula membanding­kan anak anda dengan anak orang lain daripada segi keputusan peperiksaa­n, bentuk badan dan fizikal kerana ia juga isu sensitif.

Sebelum pulang semula ke bandar pastikan anda mengemas rumah agar berada dalam keadaan sedia kala.

Semua peralatan berada di tempat asal, sampah dibuang, lantai dibersihka­n dan perabot disusun semula. Jangan menyusahka­n ibu bapa selepas sekembalin­ya anda ke rumah. Pastikan anda membeli barang keperluan asas untuk kegunaan mereka di kampung.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia