Harian Metro

Ibu dan bapa buat 3 zuriat

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

“Saya bersyukur kerana Allah memberikan tempoh lima bulan untuk membuat persediaan menguruska­n anak sepanjang arwah isteri, Noraiza Che Husin bertarung dengan kanser sebelum menghembus­kan nafas terakhir pada 12 Ogos 2016,” kata bapa tunggal tiga anak Zubayry Abady Sofian, 42.

Katanya lagi, sebaik saja arwah disahkan menghidap kanser paruparu pada 28 Mac 2016, Zubayry terus mengambil cuti untuk menjaga isteri sepenuhnya. Dalam tempoh itu banyak perkara yang dipelajari termasuk pengurusan rumah tangga dan penjagaan anak.

“Sebelum ini tugas menjaga anak dilakukan isteri, tetapi sebaik saja arwah sakit saya menjaga anak setiap masa. Begitu juga urusan memasak, mengemas rumah, membasuh dan melipat baju. Malah saya menyediaka­n jadual harian agar dapat melakukan semua tugasan dengan teratur. Saya juga sudah menerima hakikat dan bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n sejak doktor memberitah­u mengenai tempoh hayat arwah,” katanya yang bertugas di Institut Integriti Malaysia.

Pengalaman yang diperoleh sepanjang menjaga arwah isterinya diibaratka­n sebagai latihan amali dan kini dia tidak kekok menguruska­n keperluan anak terutama si kecil. Pada hari bekerja Nadia Zahra, 3, dihantar ke rumah pengasuh manakala Nabil Zikry ,10, dan Nabila Zahra, 7, bersekolah pagi dan petang.

“Saya akan memastikan anak mandi sebaik pulang ke rumah kemudian mengaji al-Quran dan menyiapkan kerja sekolah. Selepas menyediaka­n makan malam sama ada dimasak atau dibeli di kedai barulah mereka masuk tidur. Pada waktu inilah saya melakukan kerja rumah seperti membasuh, melipat dan menggosok baju serta mengemas rumah. Inilah rutin harian saya setiap hari dan akan memastikan semua dilakukan mengikut jadual,” katanya.

Melihat keadaan kediamanny­a yang kemas dan bersih memang benar bapa tunggal ini sangat sistematik dalam menguruska­n keluarga. Malah ketiga-tiga anaknya keletah dan ceria, si abang agak pemalu manakala anak kedua Nabila Zahra lebih banyak mendiamkan diri. Namun jelas kasih sayang yang dicurahkan kepada anaknya ini tidak berbelah bagi.

“Sebelum arwah sakit, anak memang rapat dengannya terutama si kecil. Selepas arwah tiada, saya tidak sukar menerangka­n kepada mereka. Cuma Nabila nampak paling terkesan dan murung, keadaannya sekarang jauh berbeza dengan dulu. Mungkin kerana dia berada di sisi ketika arwah sakit tenat sehingga meninggal dunia.

“Dia sangat kuat kerana tidak mengeluark­an air mata langsung tetapi selepas 15 hari dia mula menangis. Mungkin waktu itu dia sudah mula rasa rindu pada arwah. Nadia, pula waktu itu baru berusia 18 bulan, dia belum mengerti apa-apa mengenai kehilangan ibunya,” katanya yang turut mengeluark­an buku bertajuk Aku, Nora & Adenocarci­noma yang berkisar mengenai kisah Zubayry bersama arwah isterinya sebagai tatapan anak di kemudian hari.

CABARAN EMOSI

Bergelar bapa tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara perlu diperhalus­i terutama cabaran emosi dan tumbesaran anak perempuan. Bagi Zubayry dia perlu memikirkan keadaan mereka apabila memasuki usia remaja. Nabila dan Nadia misalnya memerlukan ikon untuk diikuti.

“Saya bimbang dengan perkembang­an anak perempuan kerana tiada

 ??  ?? ZUBAYRY membantu Nabil Zikry mencuba baju Melayu sambil diperhatik­an oleh
Nabila Zahra.
ZUBAYRY membantu Nabil Zikry mencuba baju Melayu sambil diperhatik­an oleh Nabila Zahra.
 ??  ?? ZUBAYRY bersama (dari kiri) Nabila Zahra, Nabil Zikry dan Nadia Zahra.
ZUBAYRY bersama (dari kiri) Nabila Zahra, Nabil Zikry dan Nadia Zahra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia