Harian Metro

‘CUCUK TANAM’ GANJA

- Sarah@hmetro.com.my

Suami isteri dituduh ‘bela’ 38 pokok di kondominiu­m

Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua pertuduhan, termasuk menanam 38 pokok ganja di sebuah unit kondominiu­m di Puchong, dua minggu lalu.

Mohamed Syazzwan Mohamed Nasir, 29, dan Farah Nadhrah Ahmad Puad, 31, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim M Mabel.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengusahak­an 38 pokok disyaki ganja di No B-21-03, Kondominum Zefer, Jalan Pipit 4, Bandar Puchong Jaya, di sini, pada 7 malam, 12 Jun lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup dan minimum enam sebatan, jika disabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah sama, mereka turut didakwa mengedar dadah ganja anggaran berat 1.5 kilogram (kg) di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagaimanap­un, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada pasangan itu kerana kes terbabit membabitka­n bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagi kesalahan itu, Mohamed Syazzwan dan Farah Nadhrah didakwa mengikut Seksyen 39b (1)(a) ADB yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya R Pushparasi dan Mary Phoon Keat Mee tidak menawarkan sebarang jaminan.

Manakala di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir, Mohamed Syazzwan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 0.89 kg dadah jenis sama di hadapan New Wave Hotel, No 40, Jalan Utama SR 1/9, Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, di sini pada 5 petang, 12 Jun lalu.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen 6 ADB 1992 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara yang boleh sampai lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rosal Azimin Ahmad.

Dalam prosiding itu, tiada sebarang jaminan dibenarkan kepada pasangan suami isteri itu dan mahkamah menetapkan 8 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pada 15 Jun lalu, media melaporkan tiga individu termasuk pasangan suami isteri dicekup polis selepas memiliki 1.6 kilogram dadah jenis ganja termasuk 38 pokok ganja belum matang yang ditanam di sebuah unit kondominiu­m di Puchong.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaa­n lanjut menemui pokok ganja yang ditanam di dalam pasu yang diletakkan di balkoni kondominiu­m serta di dalam sebuah bilik dengan kawalan suhu dan baja khas.

 ??  ?? PASANGAN suami isteri dibawa ke mahkamah, semalam.
PASANGAN suami isteri dibawa ke mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia