Harian Metro

SESAK BALIK SEBERANG

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Terminal Feri Antarabang­sa Kukup padat dengan warga Indonesia mahu pulang sambut Aidilfitri

Kemeriahan berhari raya di kampung halaman turut dirasai 1.3 juta warga Indonesia yang mencari rezeki di negara ini, malah mereka tidak melepaskan peluang untuk pulang ke republik itu pada hari terakhir Ramadan.

Pada masa sama, sehingga 12,000 warga Indonesia dijangka menggunaka­n Terminal Feri Antarabang­sa Kukup, di sini, untuk pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu.

Atase Perhubunga­n Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Muhammad Abduh berkata, terminal feri yang menyediaka­n khidmat feri terus ke Tanjung Balai, Karimun paling menjadi tumpuan dan sehingga kelmarin, ia mencatatka­n kepulangan 7,000 warga Indonesia.

“Hari ini (semalam), sejak perjalanan feri pertama jam 6.45 pagi, ia mencatatka­n sehingga 1,800 pengguna.

“Biarpun padat dan ramai, namun kami lihat perjalanan berjalan lancar dan semua yang mahu pulang dapat menaiki feri,” katanya ketika ditemui selepas menjalanka­n lawatan Pantauan Mudik Lebaran di terminal feri berkenaan, semalam.

Turut serta Konsular KBRI Yusron B Ambari, Atase Tenaga Kerja KBRI Mustafa Kamal, Ketua Syahbandar Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan Azman Mohd Ali, Pengarah Urusan Kukup Ferry Rasiman Musiran dan Ketua Pegawai Operasi Kukup Ferry Wahib Musiran.

Muhammad Abduh berkata, setakat ini, tiada penangguha­n perjalanan berlaku dan setiap hari sembilan perjalanan disediakan.

Bagaimanap­un, katanya, memandangk­an hari ini hari terakhir Ramadan, perjalanan feri di terminal itu ditambah kepada 16 perjalanan sehingga jam 5 petang atau sehingga semua warga Indonesia dapat pulang.

Sementara itu, Rasiman berkata, pada hari biasa, terminal itu mencatatka­n 500 pengguna ke Tanjung Balai pada setiap hari, namun apabila musim perayaan bertandang, bilangan pengguna mencecah lebih 2,000.

“Tahun lalu, kami pernah merekodkan 2,300 pengguna dalam sehari. Tiket berharga RM125 bagi perjalanan pergi dan balik mula dijual seawal jam 3.30 pagi bagi musim perayaan dan perjalanan pertama bermula jam 6.45 pagi.

“Cuti pekerja kami juga dibekukan bagi memastikan kelancaran operasi warga Indonesia pulang ke kampung halaman,” katanya. mengenai perbezaan menggunaka­n bot pancung dan kapal atau feri yang lebih selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjalanka­n lawatan Pantauan Mudik Lebaran di Terminal Feri Antarabang­sa Kukup (Kukup Ferry), di sini, semalam.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada warga Indonesia di Terminal Feri Antarabang­sa Kukup, Pontian untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, semalam.
SEBAHAGIAN daripada warga Indonesia di Terminal Feri Antarabang­sa Kukup, Pontian untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia